Banyak masanya kita lebih sibuk "Apa nanti orang kata"
Sampai lupa 'Apa Allah Kata
Pekakkan sahaja telinga... InsyAllah, selagi patuh 'Apa Allah Kata,
selagi itu Allah akan beri kita Hati, Jiwa, dan Semangat yang PEKA
Bukan itu sahaja, Allah Akan beri kemudahan dengan menerangi jalan kehidupan kita dengan cahaya kekuatan Iman dan letakkan kita ke darjat orang-orang Bertaqwa
Sebab, hanya dengan Allah kita mampu rasa bahagia
Banyak ketikanya, kita takut digosip riak dan berlagak kerana melakukan amal soleh walaupun kita sedar Allah akan tambah sayang jika kita sentiasa berbuat baik
Di saat kita 'takut dikata riak' itulah kita sedang riak !
Kerana riak itu, adalah buat atau tidak buat sesuatu kerana MAKHLUK.
Dan yang paling rugi, kita hilang potensi diri dan langkah yang semakin menuju Allah.
Dari yang asalnya mungkin dari nak bersedekah, kemudian 'risau digosip', kita batalkan niat bersedekah. Mungkin dengan sedekah kita itu memudahkan urusan 1000 manusia & ummah.
Tapi usaha terhenti kerana takutkan 'kata-kata manusia' yang tak seberapa. Kita hilang upaya
Jom, mulai hari ini... Biar tak jadi popular di mata manusia. Asalkan kita disebut-sebut di langit Allah, sebagai penghuni Jannah Allah
Buat ibadah, hidup mati hanya untuk Allah.
No comments:
Post a Comment