Thursday, April 11, 2013

Kasut dan Kehidupan




Muslim Malaysia pergi ke masjid akan tukar kasut/selipar mahal kepada kasut/selipar murah kerana takut dicuri dan berterabur manakala Muslim di NaJiaHu, China pergi ke masjid memakai kasut termahal mereka lalu disusun rapi di hadapan masjid tanpa risau dicuri.

Setiap waktu solat fardhu dipenuhi hampir 200 jemaah yang terdiri dari majoritinya adalah warga emas dengan yang paling tua adalah 97 tahun. Mereka juga datang awal 30-45 minit sebelum solat fardhu.

Subhanallah, lihat bagaimana akhlak mereka terutama di Masjid. Cuba lihat cara mereka menyusun kasut, kebanyakannya ia terbalik berbanding kelaziman. Maksudnya, sebaik sahaja mereka keluar dari pintu masjid, kaki mereka terus menyarung kasut berkenaan tanpa perlu pusing badan.

Cara ini sedikit sebanyak menjimatkan masa dan mengelakkan mereka berlaga badan sesama sendiri.

Moralnya, Jika setakat kasut pun tidak dapat disusun rapi, bagaimana kita ingin menyusun kehidupan kita berpandukan Quran & Sunnah? Big things happen when small things done right...



Disalin kembali dari Facebook Firdaus Wong Wai Hung (klik sini)



No comments: