Wanita sekali kali bukan milik lelaki yang disebut Suami, Ayah dan sewaktu dengannya..
Wanita juga menutup aurat bukan kerana ingin menjaga pandangan lelaki !
Wanita memakai tudung, menutup aurat hanya semata-mata atas perintah Allah...
Dalam Alquran, Allah terlebih dahulu menyebut dan memerintahkan agar lelaki menundukkan pandangan dan menjaga diri menjaga diri mereka sendiri. Kemudian barulah Allah menyebut tentang wanita agar menutup aurat
Firman Allah s.w.t maksudnya : "Katakanlah
(wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka
menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan
memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka
sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka
kerjakan".
"Dan
katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menundukkan
pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara
kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh
mereka kecuali yang zahir daripadanya".
(Surah an-Nur ayat 30-31)
Jadi, tugas menjaga alam ini, keamanan dan memakmurkan alam ini adalah tugas bersama, lelaki dan wanita !
Allah letak kedudukan Wanita, adalah setara dan adil dengan lelaki. Setara dan adil tidak bermaksud sama dan serupa, tetapi sesuai dengan keadaan biologi untuk memakmurkan alam ini. Dari segi tugas tujuan dijadikan adalah sama, lelaki mahupun wanita. Di Akhirat nanti akan dihisab berdasarkan Penilaian Allah. Tidak sedikit pun akan dianiaya, baik lelaki mahupun wanita.
Dan sesiapa yang mengerjakan amal salih, dari lelaki atau
perempuan, sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga, dan
mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya)
sedikitpun.
(Surah An Nisa ayat 124)
APA TUJUAN HIDUP INI??
Untuk menjadi Hamba kepada-Nya seperti yang disebut dalam Al quran 51:56
"Dan Aku tidak
menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku."
(Surah
Adz-Dzariyat: Ayat 56)
Banyak kisah dalam Al Quran yang disebut tentang wanita mampu berjaya meraih cinta Allah dan dijanjikan masuk Syurga seperti...
Kisah Asiah, isteri Firaun
kisah Mariam, ibu Nabi Isa a.s
Dan jangan lupa.....
Bahawa wanita yang berdegil dan derhaka jangan salahkan suami atas ketidaktaatannya, seperti kisah Isteri Nabi Luth yang tidak taat.
Maka, yakinlah bahawa Allah bersama-sama dengan kita, wahai Wanita-Wanita Solehah.. Tanpa lelaki, Kita mampu ke Syurga. Suami adalah tiket atau jalan alternatif untuk kita ke Syurga..
Ada manusia ke Syurga dengan sedekah yang ikhlas...
Ada manusia ke Syurga dengan Solat yang kusyuk...
Ada manusia ke Syurga dengan jihad dan mati syahid...
Dan ada juga wanita yang ke Syurga dengan solat lima waktu, puasa Ramadan,
memelihara maruahnya, dan taat kepada suami...
Andai kita tak ketemu jodoh atau suami di dunia pun.. Allah pasti beri di Syurga nanti.. Syaratnya, raih cinta Allah, redha Allah.. barulah layak ke Jannah
Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :
وَمَا فِي الْجَنَّةِ أَعْزَبُ
Tidak ada seorang yang membujang pun di syurga
(Dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam As-Shahihah no 1736 dan 2006)
Oleh itu, fahami diri kita dan kedudukan kita dalam Islam. Allah sayang Wanita sama seperti Allah sayangkan Lelaki..
Jangan pernah rasa cemburu dengan kaum lelaki...
Kerana kelayakan kita ke Syurga adalah berdasarkan iman dan taqwa kita kepada Allah ! Seperti yan disebut Allah swt;-
Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan
perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap
dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan
perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, laki-laki
dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa,
laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan
perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan
untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.
(Surah Al Ahzab ayat 35)
No comments:
Post a Comment