Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Alhamdulillah, Allah izinkan saya dan sahabat-sahabat lain
ke Seminar Baitul Muslim 3.0. Berpeluang mengikuti Seminar Baitul Muslim 1.0.
dan 2.0, ternyata tim One Heart berjaya memberi gambaran yang lebih jelas
tentang konsep Baitul Muslim yang sebenarnya. Dan begitu jelas penambahbaikan
yang berbanding seminar-seminar lalu.
Cuma, Seminar Baitul Muslim 2.0, terdapat satu slot yang amat
meninggalkan kesan kepada saya iaitu Slot bersama Ibu Wirianingsih dari
Indonesia yang membesarkan 10 anak yang kesemuanya Para Huffaz.
Subhanallah, sangat bermakna slot itu terutamanya kepada
saya agar lebih mengenali al Quran.
Kembali kepada SBM 3.0, juga tidak kurang hebatnya. Begtu
banyak mutiara hikmah dan ilmu sebagai bekalan untuk dipratikkan. (Semoga saya
dapat amalkan dan terus menerus dapat kongsikan ilmu-ilmu kepada rakan-rakan
lain)
-----------------------------------------------------------------
Tiada pasangan yang sempurna
Yang ada hanya pasangan yang tepat.
Berdoalah agar diberi pasangan & jodoh yang tepat..
(Ustaz Salim A Fillah)
-----------------------------------------------------------------
Apakah solat yang kusyuk itu engkau menangis dalam solatmu?
Tidak.
Tetapi solat yang kusyuk itu dapat mencegah perkataan dirimu
dari keji dan mungkar..
Apakah bukti solat zohormu kusyuk..? Iaitu dari solat zohor,
engkau tidak berbuat keji dan mungkar hingga ke asar..
Dan begitulah solat-solat seterusnya..
(Ustaz Salim A Fillah)
-----------------------------------------------------
Komunikasi Tanpa
Suara
Ustaz Salim ke masjid namun tertinggal telefon bimbitnya di
rumah.
Ustaz telahpun berada di masjid.
Sementara itu, Isteri di rumah telah menghantar SMS kepada
ustaz supaya dibelikan mee.
Sedangkan telefon bimbit tiada di tangan ustaz.
Seusai solat, dalam perjalanan pulang ke rumah, ustaz
berkata-kata dalam hati
"enaknya jika petang-petang ini dapat makan mee"
Lalu ustaz pun pergi membeli mee.
Sesampainya di rumah, Isterinya mengucapkan terima kasih
tidak terhingga kerana membeli mee seperti yang telah dipesan dalam SMS.
Ustaz menjawab " Saya tidak membawa telefon bimbit,
tertinggal di rumah"
--------------------------------------------------------
Berkahwin ketika sukar, lebih indah saatnya manis lebih
diingati kemudiannya nanti...
Berbanding berkahwin ketika sudah stabil.
Kerana...saat berjuang bersama-sama ketika sukar, lebih
mudah dikenang semula nanti"
----------------------------------------------------------
Ar-Rum : 21 (Sakinah, Mawaddah, Rahmah)
"Sakinah" - Menjaga kesucian bagi kalian dari
hal-hal yang dimurkai oleh Allah.
Ia bukan hal yang tidak ada marah, tiada pertengkaran atau
tiada salah faham, bukan! Bukan sakinah namanya jika suami isteri tidak pernah
bertengkar.
Hadith pada kalimah "Zatiddin"
Iaitu, orang yang komited dengan agamanya dan beriltizam
untuk terus belajar.
Bukan yang sempurna 100% agamanya, kerana tidak ada manusia
yang sempurna.
"Mithaqan ghaliza" :
1. Perjanjian antara Allah dengan U'lul A'zmi.
2. Perjanjian antara Allah dengan Bani Israel.
3. Ikatan pernikahan.
"Litaskunu elayha"
Tenteram ketika bersama dalam ketaatan dan tenteram ketika
berpisah; saling mendoakan kebaikan.
Gerakan rasuah boleh eliminated dan vanished dengan
pengaruh isteri dari saranan
“Jangan bawa balik rezeqi KECUALI yang halal”
----------------------------------------------------
Seorang peserta bertanya soalan yang mendapat tepukan
gemuruh.
"Memandangkan si isteri suka bersembang, suka berbicara
dengan suami tetapi suami bila pulang ke rumah banyak mendiamkan diri &
fokus pada gadget (social network).
Bagaimana?"
Bagaimana?"
Ayat common suami saat isteri menangis,
"Buat apa kamu menangis, ia tidak menyelesaikan masalah
Menangis itu bukan penyelesai masalah bagi lelaki, tetapi
saluran menyelesaikan masalah bagi perempuan.
Kata Ustaz Salim juga…
"ILMU suami yang
paaaaaaling dicintai isteri,
ketika isteri menangis, jangan dikesat air matanya jangan
disekat tangisannya TETAPI suami sediakan tempat untuk menangis bagi isterinya.
-----------------------------------------------------------------
Suami : tanggungjawabnya berterusan untuk mendidik isterinya
sepanjang hayatnya selagi mana isterinya tidak menutup aurat, tidak Solat dll.
sehinggalah si isteri berubah.
Isteri pula sebaliknya. Apabila isteri menegur kesilapan
suami, suami tak ikut, maka terlepas tanggungjawab isteri.
(Pengurusan Jiwa -Ustaz Ridhauddin)
------------------------------------------------------------------
Ustaz, bagaimana untuk mengetahui seseorang itu soleh dan solehah
atau tidak?
Mohonlah fatwa daripada hati. Hati yang dekat dengan Tuhan
tidak akan menipu dengan penipuan. Banyakkan solat dan kurangkan suuzhon pada
orang, maka hati akan berfatwa. Hati yang bersih akan menghasilkan keputusan
yang jernih. Apabila hati tenang dan cenderung, itu tanda istikharah kita
terjawab.
Tidak akan menyesal orang yang istikharah dan tidak akan rugi
orang yang bermesyuarah
(Ustaz Ridhauddin Mohd Salleh)
-----------------------------------------------------------------
Tuan Samsuddin Kadir memulakan slot beliau 'fulus oh fulus'
dengan bacaan doa dalam Bahasa Melayu..
"Ya Allah, kurniakan aku dengan kefahaman para Nabi,
Hafalan para Rasul, dan ilham para malaikat yang hampir
denganMu. Ya Allah yang Maha Pembuka lagi Maha Tahu,
Bukakanlah pintu hati kami seperti orang yang arif lagi
bijaksana
Tok Guru saya kata "kita perlu BERDOA.. bukan 'membaca'
doa". Kata Beliau.
(Berdoa, biarlah difahami)
Kata beliau juga,
"Berdoa supaya biar kita cakap sedikit, tapi orang dapat faham
banyak"
------------------------------------------------------------------
Jangan tetapkan
wang hantaran jika tidak mahu mengambil risiko perselisihan pendapat dengan
keluarga mertua, apatah lagi wang hantaran yang tinggi.
Apabila kita meletakkan
wang hantaran, kita telah mencipta persepsi negatif. Masuklah ke dalam keluarga
baru dengan suasana yang harmoni dan disayangi.
Majlis kahwin yang melampau ibarat menjadi raja 4 jam, dan
menjadi hamba seumur hidup.
Pembelanjaan kahwin yang paling banyak ialah
pembiayaan membiayai pembelanjaan "seronok".
Kajian menunjukkan, orang
yang merasakan dirinya mahal, dia tidak memerlukan apa-apa yang mahal untuk dilekatkan di sekelilingnya
Ada 3 pelaburan yang paling menguntungkan:
1) Ilmu
2) Hartanah
3) Emas
Matlamat hidup ini bukanlah untuk kaya atau menghimpun
harta melimpah ruah di dunia, tetapi menjadi kaya untuk menambah pahala dengan
membantu orang yang memerlukan.
(Tuan Samsuddin Kadir)
------------------------------------------------------------------
Anak-anak belajar dari ibubapa melalui;
1. Pendengaran.
2. Penglihatan.
Rumahtangga bukan hanya membabitkan hukum-hakam,
malah perlu diiringkan dengan seni.
Senaraikan kriteria yang diimpikan pada anak-anak
Contohnya...
"Saya mahukan anak yang cerdik"
Kemudian ubah ayat tersebut "Saya anak yang
cerdik"
Siapa anak kita ia datang dari binary code yang lahir dari
kita.
Pantaulah anak sendiri, jika perlu hantar kepada orang lain
hantar kepada orang yang menjaga solat
1. Nature - tolong siapkan diri kita sendiri; sikap;
sifat anak lahir dari genetik kita.
2. Kurangkan menjadi diktator dalam rumahtangga; jadilah
demonstrator.
Serapkan nilai demonstrator "Jom solat bersama
Abah"
Jangan jadi diktator "Kau pergi solat!!
3. Nilai tarbiah dalam suasana & contoh agama - ia
membentukkan akalnya meninggikan jiwanya meninggikan keperibadiannya.
------------------------------------------------------------------
Poligami pada hakikatnya adalah sesuatu yang indah dengan
matlamat yang suci.
Ia jauh lebih baik daripada terjebak melakukan perkara yang dimurkai Allah. Tetapi ia boleh menjadi mimpi ngeri apabila tidak dapat diuruskan dengan baik.
Ia jauh lebih baik daripada terjebak melakukan perkara yang dimurkai Allah. Tetapi ia boleh menjadi mimpi ngeri apabila tidak dapat diuruskan dengan baik.
Ia adalah pilihan dengan pilihan.
------------------------------------------------------------------
Lelaki/wanita yang memandang dengan nafsu - akan cari
pasangan yang cantik rupa paras.
Lelaki/wanita yang memandang pada akal - akan cari pasangan
yang cantik pada ilmu.
Lelaki/wanita memandang pada hati - akan cari pasangan yang
berakhlak mulia.
Ianya pilihan. Kita yang memilih...
------------------------------------------------------------------
Berbuat baik kepada pihak yang buat baik pada diri, haiwan
juga buat...
Tapi buat baik kepada orang yang buat buruk pada kita,
itulah Agama..
Dan begitu juga silaturrahim, bukan dengan orang yang memang
sedia ada hubungan silaturrahim kita, tetapi silaturrahim itu adalah dengan
'sambungkan' hubungan kepada orang yang mahu putuskan hubungan dengan kita...
(Ustaz Ebit Lew)
--------------------------------------------------------------------
Abdullah Ibnu haris berkata, Aku tidak pernah melihat
seseorang yang paling banyak senyum kecuali Rasulallah SAW
Baginda senyum ketika sedih dan juga ketika gembira.
Ketika susah dan ketika senang.
Nabi SAW berkata kepada Anas bin Malik yang mempunyai ramai
anak, Berakhlaklah kamu dan mulakanlah dengan senyuman.
Lihatlah wajah ibu bapa, anak, isteri dan suami. Dan
SENYUMLAH...
Itulah pengikat kasih sayang keluarga.
(Cinta di Rumah Rasulallah-Ustaz Ebit Lew)
------------------------------------------------------------------
Lima bahasa cinta
1) Bahasa dan kata-kata manis. Pujuklah ketika merajuk.
Panggillah dengan panggilan yang baik. Luahkan rasa kasih, apabila anda
menyayangi seseorang.
2) Hadiah. Tahaddu Tahabbu. Orang yang memberi hadiah akan
disayangi.
3) Sentuhan
4) Masa yang berkualiti.
5) Khidmat. Iaitu saling membantu.
(Ustazah Isfadiah; Ustaz Muhidin)
-------------------------------------------------------------------
Hidupkan amalan Nabi dalam Rumah
1) Berkasih Sayang (Senyum, Salam dan Sentuhan)
2) Solat. Bangun subuh berjemaah dan kejutlah keluarga untuk
solat tahajud. Jagalah solat di awal waktu.
Sahabat menceritakan, “Apabila azan dilaungkan, Rasulallah
seolah2 tidak mengenali kami lagi.” Sepanjang solat, nabi akan menangis. Saat
solat, jantung baginda kedengaran seperti air yang mendidih.
Doa selepas melakukan perkara baik akan dimakbulkan walaupun
mengangkat halangan di tengah jalan. Jadi, berdoalah untuk jodoh yang baik.
3) Doa mendoakan- Sentiasa doakan ahli keluarga kita.
4) Kata “salah saya”-
Tidak malu mengaku kesalahan
Peluklah isteri 10 saat sebelum bekerja setiap hari. Ia akan
menyihatkan dan menambah kasih sayang.
5) Jangan pernah berkata 'kenapa macam ni, kenapa tidak macam
ni?"
Apa yang berlaku, yang kita suka atau yang kita tidak suka
adalah rahmat daripada Allah.
6) Hidupkan taklim/Motivasi
7) Baca Al-Quran/Manzil
8) Khidmat diri sendiri
9) Keluar rumah dengan kaki kiri. Bacalah bismillahi
‘tawakkkal tu ‘ala Allah. La haula wala quwwata illa billah”
Nabi dulu berpenat lelah dan menangis untuk membawa Islam
kepada kita.
Adakah kita sanggup melambatkan solat hanya kerana sebuah drama
atau sebuah handset?
-------------------------------------------------------------------
Matlamat perkahwinan ialah untuk "investment"
dunia akhirat.
Apakah "investment" tu???
"Investment" itu ialah ANAK-ANAK yang SOLEH.
-----------------------------------------------------------------
RUMAHTANGGA berbeza dengan RUMAH.
Rumah dibina dengan batu bata.
Rumahtangga pula dibina dengan kasih sayang, cinta, rindu dan rasa tanggungjawab.
Dan.... ruhnya adalah sakinah, mawaddah dan rahmah.
Ketenangan, kebahagiaan dan kasih sayang.
Rumah kita Home atau House?
A house is just a place where people live. Home is truly
where the heart is.
(Ustaz Pahrol Mohd Juoi, Rumahtangga Tapak Perjuangan)
-----------------------------------------------------------------
Tidak mendapat cinta manusia di dunia, tidaklah bermakna
kita tidak dapat ke syurga. Jangan risau, kerana cinta kita menunggu di akhirat
sana. Ini janji Allah yang manusia diciptakan berpasangan.
Tetapi risaulah jika kita tidak mendapat Cinta Allah. Jika
di dunia pun sudah gagal mendapat cinta Allah, apatah lagi di akhirat.
Bagaimana rasanya jika Allah tidak sudi memandang kita di akhirat sana?
------------------------------------------------------------------
Orang yang memberi lebih baik daripada orang yang menerima.
Suami Isteri sepatutnya berlumba-lumba melakukan tanggungjawab, bukan
berlumba-lumba menunggu-nunggu haknya.
Jangan persoalkan hak yang belum ditunaikan, tetapi lihatlah
pada tanggungjawab yang belum kita ditunaikan. Mudahkanlah urusan kita menjawab
di hadapan Allah nanti.
-------------------------------------------------------------------
Orang kata, Pernikahan penyatuan dua hati. Sedangkan
penyatuan dua hati adalah IMAN.
(Ustaz Pahrol Juoi)
-------------------------------------------------------------------
Sudah berkahwin,
Ada suami/isteri itu NIKMAT, tapi ada suami/isteri yang
Soleh/Solehah itu RAHMAT. Suami sebagai khalifah, Isteri sebagai Raudhatul Bait
(pengurus rumah tangga).
Ada anak itu NIKMAT, tapi ada anak yang Soleh/Solehah itu
RAHMAT.
Ada rumah, tak kisahlah luas atau sempit itu NIKMAT, tapi
rumah yang dipenuhi dengan ilmu Baiti Jannati itu RAHMAT
------------------------------------------------------------------
Sedar tidak sedar Keluarga Usrah itu adalah PROSES membentuk
keluarga, Keluarga Baiti Jannati..
Rukun Usrah
1) Taaruf- mengenali. 5 tahun pertama perkahwinan, paling
banyak berlaku penceraian.
2) Tafahum- memahami. Fahami kelemahan dan kelebihannya.
3) Takaful- melengkapi. Tahu kelemahan pasangan, maka kita
jadilah pelengkapnya
Allah tidak melihat keputusan, tetapi Allah melihat usaha.
Menjadi pasangan yang baik, ialah on going proses.
Jangan memandang rendah kepada pasangan.
Tetapi sebutlah “I
am here to complete you“.Teruslah berusaha untuk terus belajar dan memahami
kerana matlamat kita ialah mendapat Redha Allah
------------------------------------------------------------------
Family Planning
Pregnant- by choice, intended & wanted, Saya tidak
setuju dengan “Bunting Pelamin" Kahwin, months masih awal,
sekurang-kurangnya 6 bulan untuk saling kenal.
(Dr Harlina Siraj)
------------------------------------------------------------------
Rujukan dari peserta SBM 3.0 lain
http://www.insyirahazhar.com/seminar-baitul-muslim-3-0-jodoh-di-luh-mahfuz/
http://littleangelisborn.blogspot.com/2014/03/seminar-baitul-muslim-30-summary.html
http://littleangelisborn.blogspot.com/2014/03/seminar-baitul-muslim-30-summary.html
No comments:
Post a Comment