Taska-Taski Untuk Kanak-Kanak Berumur Kurang 7 tahun, Perlukah??
~Perkongsian menarik Puan Lina, Ibu kepada dua kanak-kanak Penghafaz Al Quran~
Rata
rata saya dapati di Malaysia ini ramai yang mula mendedahkan kanak
kanak untuk mula belajar samada membaca, mengira atau mengaji umur 4-5
tahun. Sebab itu kita lihat ramai ibu bapa menghantar kanak-kanak
bersekolah tadika/pre school umur usia tersebut.
Sebenarnya
otak kanak-kanak sudah sangat bersedia untuk menerima apa-apa pelajaran
sejak lahir. Otaknya pada waktu ini ibarat sponge yang amat
mudah menyerap air jika diletakkan di air. Mengikut kajian sains, pada
umur 2 tahun, kapasiti otak kanak-kanak adalah menyamai 80% otak dewasa.
Kanak-kanak semuanya sama. Yang membuat mereka berbeza adalah didikan
yang kita dedahkan pada mereka pada waktu usia kritikal ini.
Setelah saya mencuba dan nampak hasilnya pada anak saya, saya ingin
kongsikan pada semua kaedahnya ini. Apapun saya boleh buat kesimpulan
memang benar kata orang bahawa pendidikan bermula dari rumah. Kaedah
saya bermula dari bayi baru lahir hingga 3 tahun. Saya tidak berjumpa
lagi sekolah khas yang mengajar bayi baru lahir hingga 3 tahun ke atas
di Malaysia ini. Kalau pusat jagaan kanak-kanak memang ada merata untuk
umur ini. Maka, si ibu atau bapalah yang perlu menjadi gurunya dan
rumahlah menjadi sekolahnya.
Anda boleh menggunakan kaedah ini
samada untuk mengajar anak anda ABC dan seterusnya membaca atau
Alifbata dan seterusnya mengaji semuanya terpulang pada pilihan anda.
Bagi saya ABC boleh belajar di tadika dan di sekolah nanti. Hingga umur
anak saya hampir 3 tahun ini, saya tidak pernah mengajarnya A-Z dan
kiraan 1-10, bentuk dan warna dalam bahasa Inggeris secara khusus.
Tetapi anak saya sudah boleh mengenal dan menghafalnya sendiri dengan
bantuan mungkin dari CD kartunnya atau Barney n Friendsnya. Apapun saya
yakin ini kerana otaknya telah dilatih untuk memberi respons yang cepat
untuk belajar waktu saya mengajarnya mengaji setiap hari.
Mungkin ada kaedah lain yang di luar pengetahuan saya tetapi ini sahaja
kaedah yang saya tahu dan guna pakai sehingga anak saya boleh membaca al
Quran sebelum umur 3 tahun. Saya ingin kongsikan kaedahnya kerana saya
telah melihat akan hasilnya.
Saya dapati ramai yang tidak
terdedah tentang mendidik anak dari bayi. Atau mungkin pernah mendengar
tetapi tidak tahu kaedahnya. Semoga perkongsian saya ini memberi manfaat
kepada masyarakat Islam bagi melahirkan lebih ramai generasi bijak
pandai yang berpegangkan pada al Quran dan as Sunnah.
Bagi
saya setiap bayi telah dilahirkan dengan anugerah yang tersembunyi dan
ibu bapalah yang membantu mengeluarkan anugerah ini MUNCUL untuk mereka
gunakan seumur hidup
No comments:
Post a Comment