Wednesday, May 8, 2013

Akhlak Kita Dengan Al Quran

Alkisah…

Ketika menghadiri kuliah maghrib, Kak Aini sibuk bermain telefon bimbitnya.

Ustaz Mustafa yang sedang memberikan kuliah sempat memperhatikan gelagat Kak Aini.
“Yang sedang bermain handphone, boleh saya tanya, di mana Quran kamu?” tanya Ustaz Mustafa.

Kak Aini cepat-cepat menyimpan handphonenya dan gelabar mencari buku Qurannya.

Tak jumpa.

Kak Aini melihat ke kiri dan ke kanan tak jumpa.

“Tadi saya ingat saya bawa. Ke saya terlupa tertinggal dalam kereta?” bisik Kak Aini.
Malu, Kak Aini cepat-cepat bangun dan ingin pergi ke keretanya untuk mencari Quran.
Bangun sahaja, buku Quran Kak Aini terjatuh ke lantai.

Rupanya buku itu ada di poket. Kak Aini gelabah tadi ketika Ustaz Mustafa bertanya sehingga terlupa dia masukkan buku Quran kecilnya ke dalam poket semasa mengeluarkan HP tadi.

Ustaz Mustafa tersenyum.

“Zaman sekarang – inilah soalan yang paling mudah dijawab. ‘Di manakah handphone antum?’ – Kita tahu di mana handphone kita kerana ia digunakan untuk menghubungkan kita dengan dunia dan orang-orang, sahabat-sahabat dan keluarga kita.

Sekarang soalan paling susah ialah – ‘Di manakah Quran kamu?’ Setiap orang miliki satu Quran.

Quran menghubungkan kita dengan Allah, mengingatkan kita tentang akhirat, dan mereka-mereka yang soleh di akhirat yang kita sepatutnya selalu mengingati. Tapi ramai yang tidak mengingati di mana Quran mereka.

Berilah perhatian lebih kepada Quran sekalian daripada handphone sekalian, ya."
kata Ustaz Mustafa sambil meneruskan ucapannya.


Cerita pendek untuk renungan kita bersama

Dah berapa lama tak baca Quran?
Senyum

------------------------------------------- 

Bila sebut tentang akhlak kita dengan al quran, saya suka sebut dan insyAllah sentiasa sebut...

Tentang ustazah yang mengajar saya mengaji ketika ini- Ustazah Mardhiah
(Kalau ustazah sedang baca ini, saya harap Ustazah halalkan ilmu ustazah dan saya bercadang untuk  kongsi yang pengajaran yang baik saya dapat daripada ustazah ya)

Sebelum ini, saya pandang ringan adab dengan al Quran. 

Kadang-kadang bila membacanya, tidak tutup aurat dengan sempurna. Wuduk pun ada masa tak diperbaharui bila nak mengaji.

Kemudian, bila mula belajar mengaji semula, Ustazah yang mengajar banyak tunjukkan adab mengaji. 

Ustazah tidak sebut secara nyata.. tapi Alhamdulillah, Allah beri peluang untuk 'nampak' nilai ilmu apabila bertalaqqi terus dari guru.

Sebab nampak contoh guru 'sebenar'- tak sama menuntut ilmu melalui internet, televisyen...

Saya lihat, setiap kali ustazah nak mengajar, ustazah akan pakai lengkap berjubah. Elok menutup aurat. 
(kalau guru mampu ikut peratuaran dan berakhlak, saya seharusnya ikut apa yang ditunjukkan oleh guru)

Duduk dengan tenang

Walaupun anak-anak ustazah sangatlah riang-ria berkejar-kejaran dalam rumah, tapi ustazah akan pastikan anak-anak tidak duduk di sofa berdekatan kami (sebab saya mengunakan rehal & duduk di lantai). 

Ustazah akan tegur  "Al quran di bawah, jangan duduk atas sofa, sebab kedudukan badan lebih tinggi dari kaki"

Kesannya, di rumah, saya sentiasa cuba letakkan al quran di tempat tinggi. Selesai mengaji, terus susun di rak. Tidak tangguh-tangguh letak di meja belajar.

Sebab, kerap teringat pada Ustazah bila nampak Al quran.




Terima kasih Ustazah sebab sudi terima saya jadi murid Ustazah

No comments: