Saya kongsikan ceramah yang Saya dengar di Slot Usrati Ikim.Fm oleh Ustazah Norhafizah Musa
Sangat menarik ilmu yang dikongsikan oleh Ustazah tentang
amalan menabung di rumah. Selalunya,
bila menabung, konsepnya adalah untuk KEGUNAAN DIRI SENDIRI di masa akan
datang.
Namun, amalan menabung ini sebenarnya boleh diterapkan oleh
ibu bapa kepada anak-anak untuk melahirkan genarasi yang prihatin...
Malah, yang paling utama.. amalan ini juga mendidik jiwa
anak-anak bahawa dengan menabung adalah sebagai 'bekalan' mereka di Akhirat
kelak.. Allah Allah... Sungguh! apa sahaja dalam amalan harian kita pun...
adalah ISLAM.. Kembali kepada Allah.
Ibu ayah seharusnya bukan sahaja menggalakkan anak-anak
menyimpan untuk perbelanjaan sekolah, masuk Universiti atau kegunaan
kecemasan...malah lebih daripada itu iaitu tabungan yang bakal menentukan nasib
mereka kelak di hadapan Allah..
JENIS TABUNG
Caranya..Ibu Ayah, buat dua tabung dalam rumah.
...Satu tabung
untuk kegunaan anak-anak semasa dia hidup
...Satu tabung
yang akan membantunya selepas dia mati kelak iaitu Tabung Sedekah
Jika anak-anak bertanya tujuan Tabung Sedekah, jelaskan
bahawa ia adalah 'pulangan' kepada usaha mereka menabung selama ini untuk
diberi kepada orang-orang yang susah. Hasil daripada tabungan itu akan diraih
apabila bertemu dengan Allah kelak.
Maka, dengan penjelasan tentang Tabung Sedekah ini,
anak-anak akan peka terhadap orang-orang susah.
....Sebabnya, dia akan berfikir kepada siapa dia mahu
menyalurkan wang simpanan ini. Fokusnya, melihat untuk membantu orang-orang
susah dengan simpanan sedia ada dan mendidik sifat prihatin serta memahami
kesusahan orang lain.
Sebelum keluar bersiar-siar, Ibu Ayah boleh berpesan "adik, sembahyang jumaat nanti,
ketika di masjid adik boleh masukkan duit dalam tabung masjid, Allah pasti
sayang Adik sebab baik hati membantu dan memanfaatkan duit adik untuk
perkara-perkara baik, orang yang pemurah pasti masuk Syurga"
HIDUP UNTUK MENGISI KEHIDUPAN
Anak-anak yang dibesarkan bukan sahaja perlu mendapat keperluan hidup (makan, minum, tempat tinggal) malah perlu dididik dengan keperluan kehidupan (kasih sayang kepada insan lain).
Anak-anak yang dibesarkan bukan sahaja perlu mendapat keperluan hidup (makan, minum, tempat tinggal) malah perlu dididik dengan keperluan kehidupan (kasih sayang kepada insan lain).
Begitu ramai Ibu Bapa yang berjaya memberi keperluan
hidupNamun...bekalan kehidupan sayang itu, hanya sikit-sikit bilangan
Ibu Bapa yang berjaya memberikannya..
Mana mungkin kita memberi sesuatu yang kita tidak ada.
Begitulah juga anak-anak. Mereka tidak akan mampu menzahirkan keprihatinan
& kasih sayang mereka terhadap orang lain seandainya, ia tidak dipupuk
dalam jiwa mereka oleh Ibu bapa dari peringkat awal..
Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertaqwa.”
(Surah Al-Furqan 25:74)
No comments:
Post a Comment