Monday, March 25, 2013

Wah! Arif dah Besar..


Bismillah. Alhamdulillah saya dan anakanda baru balik dari klinik desa. Sebentar tadi saya melihat seorang ibu berusaha memujuk anaknya ( usia 3 tahun) untuk ditimbang berat badan sebagai satu pemeriksaan kesihatan bulanan anaknya. Saya kagum beliau tidak menggunakan cara paksaan.

Ibu : Mari Arif.... Kita timbang berat badan.

Anak : Tak Mahu.... Arif takut. Arif tak mahu. (sambil menangis)
Ibu : (Puas memujuk) - marilah Arif kita timbang berat badan ya. Seronok tahu.... kita main-main timbang berat badan. Boleh dapat tahu Arif sudah besar atau tidak. Pertama sekali, kita lihat berat ibu.

Arif tersenyum melihat ibunya berjalan naik dan berdiri ke atas penimbang berat badan. Kemudian Arif menyapu air matanya dan perlahan-lahan turun dari kerusi menyusuli ibunya.

Ibu : Wah.... Ibu sudah besar! Sekarang Arif mahu tahukah Arif sudah besar atau tidak?

Arif mengangguk laju dan segera naik serta berdiri di atas penimbang berat badan.

Ibu : (bertepuk tangan bersama jururawat tanpa mempedulikan sesiapa) alhamdulillah... Arif hebat. Berat Arif sudah naik. Seronoknya ibu... Arif sudah besar.

Arif : (gelak besar) Arif sudah besar, ibu!

Moralnya : Pakar-pakar berpandapat, "Menjadi model yang baik bagi anak merupakan sebuah tuntutan tersendiri bagi ibu bapa. Kerana ibu bapa harus memberikan rangkaian contoh yang baik, agar anak-anak dapat meniru hal terbaik yang dilakukan ibu bapanya.

Diambil dari https://www.facebook.com/ain.muhammad.3

No comments: