Saya sedang usaha mengasah skil ibubapaan..
Maka, ketika ini anak-anak saudara adalah tempat menjalankan ujikaji..
InsyAllah, ujikaji yang membawa kebaikan..
Ketika ini saya tinggal dengan abang, bersama kakak ipar dan dan dua cahaya mata mereka..
Anak abang yang sulung, Mohamad Iman Farhan namanya, berusia 2 tahun 5 bulan (selalu dipanggil 'Iman' dalam keluarga). Anak saudara yang kedua bernama Sumayyah yang baru berusia 4 bulan.
Apa yang selalu saya perhatikan.. Kanak-kanak, apabila jatuh, meraungnya sangat kuat, walaupun jatuh di atas karpet yang gebu lagi tebal..
Ia adalah biasa, kerana kanak-kanak mahukan perhatian.
Alhamdulillah, Allah berikan idea untuk atasi kalau-kalau si Iman jatuh atau tersadung.
Dari umurnya, setahun lebih, saya suka bercakap dengan iman dan ulang dialog ini berulang-ulang kali kepadanya..
" Iman Kuat !" sambil buat muka dan tangan seperti ini
Lama-lama, dialog ini jadi sangat biasa. Dan kalau saya menyebut "Iman....Kuat !", iman akan sama-sama buat muka, aksi dan tangan sama seperti saya.
Sangat...comel..
Apabila Iman jatuh, tersadung sesuatu atau melanggar, Iman akan toleh pada kami (minta pujuk la tu...) tapi saya cepat-cepat akan buat aksi bersemangat dan sebut " Iman... kuat! "
Kesannya, Iman akan bangun dan buat aksi yang sama macam saya. Seolah-olah tiada apa-apa berlaku. Rasa macam nak ketawa terguling-guling...
Rupanya, cara ini turut beri kesan pada Si Adik (Sumayyah) yang baru berusia 2 bulan.
Ada satu hari tu, kakak Ipar saya bercerita tentang kesan suntikan pada tangan Si Adik merah dan luka sedikit. Alahai..baru sekecil 2 bulan itu, memang tak tahan sakit. Lama kakak ipar saya memujuk, tapi kuat juga tangisnya. Tapi, yang sangat mengejutkan, kemudian Si Abang (Iman) berdiaolog dan beri semangat pada Si Adik yang berusia 2 bulan itu dengan mengucapkan,
"Bi... ngan nges... Bi kuat !" (baby, jangan nangis, Baby kuat!)
Si Adik nampak tenang sedikit bila dipujuk Si Abang...
Allah Allah...
Besar sungguh kuasa Allah yang memberi ilmu kepada Si Kecil Iman ini. Moga-moga Muhamad Iman Farhan menjadi, anak yang soleh. Amin...
No comments:
Post a Comment