Thursday, April 11, 2013

Kanak-Kanak dan Televisyen (1)

Salam Semua,

Ramai yang bertanya ibu mengenai elok atau tidak memberi anak-anak menonton TV atau ipad atau computer.

Jawapannya, tidak elok jika tiada kawalan. Boleh, jika program yang ditonton dipilih dan dipantau kesannya.

Membiarkan anak-anak kecil terdedah kepada TV terlalu lama boleh menjadikan mereka tidak keruan. Emosi mereka yang turun naik akibat menonton sesuatu cerita itu, jika tidak dibri outlet kinesthetik, iaitu bermain aktif, boleh menyebabkan mereka menjadi lembab, malas atau menjadikan perangai mereka tidak keruan.

Sesetengah rancangan mempunyai subliminal messages yang tidak baik yang boleh menyebabkan penonton terpukau dan kemudiannya berperangai tidak keruan terutama jika terkena trigger.

Walaupun rancangan itu baik, jangan terlalu lama dedahkan anak-anak kecil kepada penontonannya. Ada akibat lain yang tidak baik pula timbul, contohnya kesan pada mata.



CARA MENGAWAL


Bagaimana hendak menangani masalah anak suka menonton TV atau ipad? Lakukan jadual dan pastikan dia mengikut jadual itu.

Oleh itu ibu bapa perlu ambil masa dan meninjau serta memantau lalu memastikan rancangan yang mana yang menimbulkan kesan baik dan yang mana tidak.

Ada masa bermain aktif, ada masa melukis, ada masa bercerita dan membaca buku, ada masa menonton TV dan selepas menonton wujudkan masa untuk dia bercerita apa yang dia tontoni. Ini dinamakan de-briefing.

Semalam cucu ibu, Az-Zahraa datang kepada Ibu bercerita mengenai kebaikan carrot kepada mata dan juga mengapa kita perlu 'blink' mata kita. Ini adalah pengetahuan Sains dan dia belajar dari Elmo secara berseronok.

Kesimpulannya, bukan semuanya buruk dan bukan semuanya baik. TV adalah alat yang menjadi berfaedah hanya bila kita bijak menggunakannya.


Disalin kembali dari Facebook  Prof. Dr. Rozieta Shaary (klik sini)

No comments: