Thursday, April 11, 2013

Kanak-Kanak dan Televisyen (2)





The most important thing we've learned
So far as childen are concerned.
Is never, NEVER, NEVER let them near you TV set....





IT ROTS THE SENSE IN THE HEAD!
IT KILLS IMAGINATION DEAD!
IT CLOGS AND CLUTTERS UP THE MIND!
IT MAKES A CHILD SO DULL AND BLIND!
HE CAN NO LONGER UNDERSTAND
A FANTASY, A FAIRYLAND!
HIS BRAIN BECOMES AS SOFT AS CHEESE!
HIS POWERS OF THINKING RUST AND FREEZE!
HE CANNOT THINK--HE ONLY SEES!

"All right!'ou'll cry. 'All right!' you will say,
'But if we take the set away,
What shall we do to entartain
Our darling children? Please explain!
Well answer this by asking you,
'What used the darling ones to do?
'How used they keep themselves contented
Before this monster was invented?'
"Have you forgotten, dont you know?

Well say it very LOUD....AND sssslllloooowwww.....THEY...........USED.........TO..........READ!!!

I talked about this at the conference! Limit TV... its a BAD-BAD one way interaction.....
The kids cant reply back..the TV imagines FOR them.....if you want to let them watch TV

Watch it WITH them, so they can TALK about the show WITH you...
Children who watch too much TV have what they call 'the 2 minute mind'
Because 'pictures' on the screen changes every 2 second...they have problem then to concentrate...

When they read they're mind imagine faaaaarrrr away..as long as they like....THe TV imagine FOR them!!! Bad....
Cartoon network in my house is LOCKED!!! only limited amount of TV...bila kecemasan sahaja....

Kanak-kanak yang banyak tengok TV ada masalah membaca...sebab tak boleh concentrate...akibat the two minute mind effect....THAT GOES FOR PS 2,3 and uneducational games too....limit it parents....

best to not even introduce it!

KIDS need to let the energy out DAILY...not weekly or 'bila parents free'..... TV builds all the energy inside them, and they cant let it out...tu pasal bila tutup TV, diorang lompat2, tak leh duduk diam!!!!

TV IS BAD! fullstop! In US there is a strng warning to bann TV for children under 2...and that includes all that MOZART crap that has NO EVIDANCE it increases a childs intelligence...

But more EDUCATIONAL toys and plan activities for them! NO TV PLEASE!!! :)


Disalin kembali dari blog Wardina Safiyyah (klik sini)

Kanak-Kanak dan Televisyen (1)

Salam Semua,

Ramai yang bertanya ibu mengenai elok atau tidak memberi anak-anak menonton TV atau ipad atau computer.

Jawapannya, tidak elok jika tiada kawalan. Boleh, jika program yang ditonton dipilih dan dipantau kesannya.

Membiarkan anak-anak kecil terdedah kepada TV terlalu lama boleh menjadikan mereka tidak keruan. Emosi mereka yang turun naik akibat menonton sesuatu cerita itu, jika tidak dibri outlet kinesthetik, iaitu bermain aktif, boleh menyebabkan mereka menjadi lembab, malas atau menjadikan perangai mereka tidak keruan.

Sesetengah rancangan mempunyai subliminal messages yang tidak baik yang boleh menyebabkan penonton terpukau dan kemudiannya berperangai tidak keruan terutama jika terkena trigger.

Walaupun rancangan itu baik, jangan terlalu lama dedahkan anak-anak kecil kepada penontonannya. Ada akibat lain yang tidak baik pula timbul, contohnya kesan pada mata.



CARA MENGAWAL


Bagaimana hendak menangani masalah anak suka menonton TV atau ipad? Lakukan jadual dan pastikan dia mengikut jadual itu.

Oleh itu ibu bapa perlu ambil masa dan meninjau serta memantau lalu memastikan rancangan yang mana yang menimbulkan kesan baik dan yang mana tidak.

Ada masa bermain aktif, ada masa melukis, ada masa bercerita dan membaca buku, ada masa menonton TV dan selepas menonton wujudkan masa untuk dia bercerita apa yang dia tontoni. Ini dinamakan de-briefing.

Semalam cucu ibu, Az-Zahraa datang kepada Ibu bercerita mengenai kebaikan carrot kepada mata dan juga mengapa kita perlu 'blink' mata kita. Ini adalah pengetahuan Sains dan dia belajar dari Elmo secara berseronok.

Kesimpulannya, bukan semuanya buruk dan bukan semuanya baik. TV adalah alat yang menjadi berfaedah hanya bila kita bijak menggunakannya.


Disalin kembali dari Facebook  Prof. Dr. Rozieta Shaary (klik sini)

Doa Memelihara Anak Kecil


Buat Ibu bapa, Doa ini dibaca oleh Rasulullah Sallallohu'alaihi wasalllam pada cucu Baginda Hassan dan Hussin.
 
Mari kita hafal, bacakan pada anak-anak dan amalkan sebagai perlindungan dari gangguan Syaitan, penyakit dan haiwan berbisa.

Hanya ALLAH sahaja tempat berlindung.

Mari hidupkan Sunnah dengan amalan Doa ini

Kasut dan Kehidupan




Muslim Malaysia pergi ke masjid akan tukar kasut/selipar mahal kepada kasut/selipar murah kerana takut dicuri dan berterabur manakala Muslim di NaJiaHu, China pergi ke masjid memakai kasut termahal mereka lalu disusun rapi di hadapan masjid tanpa risau dicuri.

Setiap waktu solat fardhu dipenuhi hampir 200 jemaah yang terdiri dari majoritinya adalah warga emas dengan yang paling tua adalah 97 tahun. Mereka juga datang awal 30-45 minit sebelum solat fardhu.

Subhanallah, lihat bagaimana akhlak mereka terutama di Masjid. Cuba lihat cara mereka menyusun kasut, kebanyakannya ia terbalik berbanding kelaziman. Maksudnya, sebaik sahaja mereka keluar dari pintu masjid, kaki mereka terus menyarung kasut berkenaan tanpa perlu pusing badan.

Cara ini sedikit sebanyak menjimatkan masa dan mengelakkan mereka berlaga badan sesama sendiri.

Moralnya, Jika setakat kasut pun tidak dapat disusun rapi, bagaimana kita ingin menyusun kehidupan kita berpandukan Quran & Sunnah? Big things happen when small things done right...



Disalin kembali dari Facebook Firdaus Wong Wai Hung (klik sini)




Nama : Datuk Dr Muhammad Uthman El-Muhammady 
Lahir di Kota Bharu Kelantan pada 9 Februari 1943


Sedikit tentang Allahyarham Yang Allah Sayangi ini
  • Pertama kali melihat Allahyarham, saya menganggap dia seorang yang Konservatif. Dengan pakaiannya yang berjubah dan berserban, ditambah pula dengan janggutnya yang keperangan. Namun  apabila beliau bercakapterkejut saya dan sangat kagum dengan hujahnya yang diselitkan dengan hukum hakam dan prinsip Islam. Ini menunjukkan ilmunya yang sangat mendalam. (Profesor Emeritus Ismawi Zen, Dekan Institut Antarabangsa Pemikiran & Tamadun Islam- ISTAC)
  • Beliau pernah berbasikal dari rumahnya di Kota Bharu ke Kuala Lumpur semata-mata untuk mencari buku yang diminatinya bagi membuat kajian sendiri. pada ketika itu Allahyarham masih di sekolah menengah dan tidak mempunyai kelengkapan mencukupi untuk mengembara
  • Allahyarham seorang yang tidak tidak suka menonton televisyen. kerana menurutnya, kita sepatutnya menerangi rumah dengan lampu untuk membaca kitab bukan cerah menonton televisyen.
  • Allahyarham seorang yang sangat banyak membaca. boleh dikatakan, ilmu yang diperoleh daripada bacaan dan kajiannya sendiri mampu menyaingi orang yang mempunyai Ijazah Kedoktoran (PhD)
  • Oleh kerana  Allahyarham lebih dikenali  dan sangat mesra dengan gelaran ustaz, maka ramai yang tidak mengetahui bahawa beliau telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Persekutuan pada 2012 iaitu Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk.
  • Allahyarham seorang yang sangat tenang dan mudah didekati. beliau mudah diterima sesiapa sahaja yang ingin mendekatinya.
  • Sehingga saat menghembuskan yang terakhir, Allahyarham ditemani dengan teman baiknya iaitu buku.

Bacalah Dengan Nama Tuhan-MU Yang Menciptakan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,

Alhamdulillah, dapat sahabat yang sering mengingatkan diri ini yang banyak lupa. Saya kongsikan perkongsian Keluarga Usrah Al- Mukhlisin Saya, tentang perlunya usaha untuk BACA AL QURAN DENGAN BAIK DAN MEMAHAMINYA

Terima Kasih untuk Adik Umi Yang baik Hati Sudi menuliskan teks yang panjang ini di FB beliau. Saya hanya panjangkan ia di sini.

-------------------------------------------
Ilmu yang dikongsikan ini adalah hasil daripada menonton slot "Kuliah Solat" di Tv al-Hijrah dan ditambah sedikit mengikut ilmu yang saya ada. Moga bermanfaat InsyaAllah.



PENTINGNYA MEMAHAMI AYAT-AYAT AL-QURAN
 
Kita sering bertanya kepada orang, "berapa kali awak dah khatam Al-Quran?" dan kita sering memasang "target" untuk khatam Al-Quran beberapa kali dalam sebulan, setahun dan sebagainya. Tapi kita lupa, mehamami Al-Quran itu sangat penting.

Sebagaimana kata Ibnu Qayyim:

"Membaca satu ayat dengan tafakur dan memahami bersungguh-sungguh lebih baik daripada membaca satu kali khatam tanpa memahaminya"

Bahkan Allah sendiri pernah menyuruh Rasulullah s.a.w supaya membaca Al-Quran dengan cara "slow n steady".

Allah bersabda dalam surah Al-Qiyamah ayat 16:

"Janganlah engkau (Muhammad) gerakkan lidahmu (untuk membaca Al-Quran) kerana hendak cepat-cepat menguasainya"

Bacalah Al-Quran dengan tajwid yang betul dan fahamilah apa yang dibaca. Fenomena kebanyakan umat Islam sekarang kerap berpegang kepada ayat "Tak faham tak mengapa, yang penting baca Al-Quran". Betul, yang penting kita baca Al-Quran tapi bukan memegang ayat "Tak faham tak mengapa". Jangan! Takut-takut kita ini berada dalam satu golongan yang disebut dalam satu hadith

"...Akan keluar di akhir zaman suatu kaum yang muda-muda umurnya, pendek akalnya. Mereka mengatakan ucapan sebaik-baik manusia. Mereka membaca Al-Quran tetapi tidak melewati kerongkongan mereka......" (
riwayat Al Bukhari dan Muslim)

Melewati kerongkongan bermaksud bacaan Al-Quran itu tidak sampai ke hati. Apa yang dibaca hanya sekadar bacaan. Sepertimana burung kakak tua yang mengikut-ikut cara percakapan tuannya tanpa memahami apa yang diperkatakan. Dalam Al-Quran itu mengandungi ilmu dan pengajaran bagi sesiapa yang memahami dan mengamalkan. Baca tanpa memahami adalah sia-sia.

Sebagaimana kata Mu'az bin Jabal (dari riwayat Ad-Darimy)
"Al-Quran akan usang di dalam dada beberapa kaum sebagaimana usangnya pakaian...Mereka berlumba membacanya, namun mereka tidak merasa nikmat dan lazat membacanya. Amalan mereka hanyalah ketamakan"

Tamak dalam beramal adalah dengan cara berlumba-lumba mengejar kuantiti bacaan Al-Quran dalam sehari/sebulan/setahun. 


Banyak kuantiti tetapi tiada kualiti. Biarlah kita menjadi sesuatu yang berkualiti walaupun bacaannya tidak mencecah puluhan kali khatam Al-Quran. 

Membaca Al-Quran biarlah ada peningkatan. Dari tidak rajin/tidak tahu membaca, kita rajin/tahu membaca. 

Dari tahu membaca, kita perbetulkan bacaan dengan tajwid yang betul. Dari tajwid yang betul, fahamilah apa yang dibaca kemudian amalkan.

Analoginya, waktu kecil kita dididik untuk belajar mengenal huruf, bermula dengan A,B, C hingga ke huruf Z. Selesai mengenal huruf, kita disuruh membunyikan huruf dengan pergabungan beberapa huruf seperti "MA" "PA" "DA" . 


Selepas itu kita mula boleh membaca satu perkataan,satu ayat, satu muka-surat hinggalah habis satu buku. Bila sudah pandai membaca, pelbagai perkara dapat difahami. Masuk pula ke sekolah rendah, sekolah menengah, dan universiti.

Dari perkara asas, ilmu bertambah kepada perkara lebih mendalam dan akhirnya lahirlah seorang doktor, peguam, ustaz, ustazah..dan pelbagai pekerjaan. 

Dengan peningkatan dan pemahaman ilmu, kita menjadi orang yang lebih baik. Bahkan, untuk mengejar kenaikan pangkat, kita perlu menjalani peperiksaan untuk menguji kefahaman, atau mengambil kelulusan pendidikan yang lebih tinggi.

Andaikan, kita hanya belajar mengenal huruf A,B,C...Z tanpa sebarang peningkatan dan penambahan ilmu, adakah kita boleh menjadi apa yang kita jadi sekarang? Seorang doktor tidak lahir hanya dengan mengetahui huruf A, B dan C sahaja.



KENALI DIRI DENGAN CARA MENSOALKAN DIRI SENDIRI

Seorang ustaz tidak mampu mengajar anak muridnya jika dia tidak memahami dan menambah ilmunya.

Sama seperti Al-Quran. Jika kita hanya tahu membaca tapi tidak langsung memahaminya, bagaimana Al-Quran itu dapat menjadikan kita Muslim/Muslimat yang lebih baik?

Kalau dalam bidang pekerjaan, kita sering merungut "tiada kenaikan gaji" walaupun sudah 5-6 tahun bekerja, kenapa pula kita mampu berlapang dada bila "tiada kenaikan/peningkatan dalam bacaan Al Quran" walaupun sudah berpuluh-puluh tahun kita hidup?

Jom fahami isi kandungan Al-Quran untuk menjadikan kita muslim/muslimat terbaik! InsyaAllah. Bukan "tak faham tak apa, yang penting baca" tapi "2 muka surat pun takpelah, yang penting faham!"

Ayat yang paling terkesan pada saya dalam kuliah solat yang disampaikan adalah apabila beliau mengatakan "Jangan tanya berapa kali kita boleh khatam Quran pada bulan ini, tahun ini tapi tanyakan pada diri kita, berapa kali kita menangis ketika membaca Al-Quran"

"Berapa kali kita menangis ketika membaca Al-Quran" 


Soalan yang mampu membuat kita terdiam dan berfikir. Mungkin sekali, mungkin 2 kali atau mungkin kita tertanya-tanya "Ada ke aku menangis bila baca Al-Quran?"

Betul, Islam itu Mudah, Tapi Jangan Mengambil Mudah!

Wallahua'lam