Alhamdulillah, sempat tengok Rancangan Al Khawater di saluran
TV Al Hijrah balik dari kerja semalam. Kali ini dengan isu "Fikirkan Tentang Orang Lain".
Begitu tersentuh melihat akhlak masyarakat Jepun dalam kehidupan seharian. Rasa makin tersentuh dan terpukul, apabila, akhlak yang indah dalam masyarakat Jepun itu, telah disebut dan dibuat oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad Solallahu a'laihi wassalam.
Diriwayatkan daripada Anas r.a: “Nabi Muhammad Solallahu
a'laihi wassalam pernah bersabda:
“Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman
sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi
dirinya sendiri.”
(al-Bukhari)
Hadis bukan untuk dihafal tetapi adalah untuk diamalkan..
Prinsip 'menyayangi'
ini rupanya ada dalam kehidupan orang Jepun..
Antaranya, jika anda di kedai ais krim, anda akan ditanya
"Bila anda akan makan ais krim ini, 15 minit, 30 minit
atau 1 jam lagi??"
Mengapa?
Rupa-rupanya ais kering akan diletak bersama-sama dengan ais
krim itu mengikut waktu makan anda. Supaya ais krim itu tidak cair.
Ais kering tidak diletak sebarangan. Ini kerana setiap
tempoh masa, ada ukuran ais kering yang khusus. Jika anda sebut anda akan makan
15 minit lagi, peniaga akan letak 50 gram ais. Jika 30 minit, 100 gram ais
kering...
Hanya melihat perkara kecil seperti aiskrim, wujud prinsip
mengutamakan orang lain..
TELEFON BIMBIT
Telefon bimbit di Jepun ada aibnya. Iaitu, aib jika telefon
bimbit berbunyi di tempat tertutup. Kita tidak dengar bunyi telefon jika berada
di dalam kereta api.
Juga dilarang telefon di kedai makan. Kerana ia kan
menganggu orang lain. Dilarang membuka nada dering telefon di tempat tertutup.
Percaya atau tidak di dalam telefon bimbit di Jepun ada
beberapa pilihan jenis mode bunyi.
Yang berbeza di Jepun ada tetapan bunyi 'Manner Mode'.
Maksudnya 'Situasi akhlak !
Maksudnya senyap.
Mereka tidak setkan mod senyap, tetapi mod akhlak.
Jadi, jika anda berakhlak, anda patut tutup bunyi telefon
agar tidak menganggu orang lain.
Inilah sebahagian akhlak di Jepun.
Berlaku baik terhadap orang lain seperti yang anda inginkan
untuk diri sendiri.
TIDAK MEMBAZIR
Di kedai Bufet Jepun, dilihat rakyat Jepun 99% mengambil dan
makan mengikut kemampuan. Mereka menghabiskan makanan kerana menghargai nikmat.
Kerana itu tiada pembaziran.
Tiada sisa makanan di pinggan. Betapa mereka 'sedang
mengambil berkat makanan mereka'..
Masakan tidak, setiap makanan yang diberi Allah itu hatta
sebutir nasi ada keberkatannya, cuma kita tidak tahu bahagian yang
mana yang berkatnya tu... Kerana itulah jangan membazir.
(Kita makin menghadiri Ramadan. Di siang hari kita mampu
menahan diri dari makan dan minum. Namun menjelang petang, bazar dan makanan
hampir merosakkan pahala puasa kita. Saya juga mengingatkan diri sendiri, agar
sedaya upaya bersederhana ketika berbuka puasa Ramadhan kali ini...)
Teringat saya kepada kata-kata Ustaz Nasa yang dikenali
memperkenalkan kaedah Al furqan. Menurut beliau hanya dengan al quran dapat
mengubah sesuatu bangsa. Juga dapat mengubah manusia.
Lihat bagaimana bangsa arab Jahiliah..
Para sahabat yang pada zaman Jahiliah bergelumang dosa,
diangkat menjadi mulia dan Penghuni Syurga kerana di hati mereka ada al quran.
Al quran juga tidak mengenal bangsa. Mana-mana manusia yang
beriman dan mengamalkan al quran, maka akan hebatlah akhlaknya..
Contohnya Sultan Muhammad Al Fateh. Dia bukan
dari 300 kurun terbaik Nabi, dia bukan sahabat Nabi, dia juga bukan keturunan
Nabi dan dia bukan berbangsa Arab.
Tetapi, dengan berpegang teguh dengan Al
quran dan hadith mengangkat Al Fateh manusia unggul dan disebut-sebut sehingga ke hari ini.
Kerana itulah adanya Rasulullah solallahu a'laihi wassalam
untuk kita semua tiru akhlak Baginda sehingga ke saat ini..
Hisyam bin Amir pernah bertanya kepada Aisyah RA tentang
akhlak Rasulullah SAW. Aisyah menjawab, "Akhlak Nabi SAW adalah
Alquran." (HR Muslim).
Tak dapat buat semua, jangan ditinggal semua...
Semoga kita belajar sedikit akhlak dari rakyat Jepun,
mudah-mudahan ia lebih membuka mata betapa indahnya Islam..
Islam sudah sedia Indah, maka kita yang sebenarnya yang
memerlukan Islam...
2 comments:
SubhanALLAH, sgt mantop olahan penulisannya. Teruskan berdakwah bil Qalam utk mengetuk pintu2 hati manusia kembali kpd ALLAH swt.
SubhanALLAH, sgt mantop olahan penulisannya. Teruskan berdakwah bil Qalam utk mengetuk pintu2 hati manusia kembali kpd ALLAH swt.
Post a Comment