Sunday, April 13, 2014

                   

Suka dengan kata-kata pada gambar di atas.

Dapatnya dari facebook Dr Harlina Yang Disayangi Allah. Memang sangat-sangat memerlukan 'kata-kata inspirasi' seperti ini sekarang. Sebabnya, PBAKL 2014 semakin menghampiri hujung april ini, lebih kurang ada 7-8 buah buku belum di'khatam'kan. Rabbi asir wala tua'asir...

Lepas ini, tak boleh, tak boleh, tak boleh kata 'Saya tak cukup masa'.  Sebab... Allah sudah beri semua manusia sama sahaja 24 jam. 

Yang sebenarnya,  manusia sendiri tidak pandai mengurus masa. Para tabiin dan salafusoleh begitu 'banyak masa' sehingga dapat mengembara dan bermusafir (menggunakan unta/ berjalan kaki !) untuk menuntut ilmu, malah sempat mengarang berjilid-jilid buku yang bukan sedikit-sedikit manfaatnya kepada dunia hari ini.

Maka, saya selalu pesankan pada diri.. 
"Sangatlah tidak patut katakan 'saya tak cukup masa, untuk membaca', kerana, sumber dan bahan telah sedia ada, tinggal hanya saya sendiri sahaja untuk mengambil manfaatnya."

Bercerita tentang  B U K U, Ustaz Mohd Yusof Arbain kata...

"Kalau orang tanya, hobi awak apa?"
  
Dan kalau kita memang suka membaca, kita pasti jawab " Hobi saya membaca"

"M E M B A C A bukan hobi,  M E M B A C A  adalah waaaajib !". Sambung Ustaz.

Kan wahyu pertama kepada Rasulullah solallahu a;'alaihi wassalam adalah dari surah Al A'laq...

Iqra’ (bacalah) denqan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah Menciptakan manusia dari segumpal darah. Iqra’ (bacalah), dan Tuhanmu lah yang Paling Pemurah, sang Mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam.  Dia Mengajarkan kepada manusia apa sang tidak diketahuinya. (Q. Al ‘Alaq: 1-5)


Pilihan bacaan memang sangat banyak di luar sana. Teringat saya pada pesanan yang baik dari AA Gym kepada pembaca dan pembeli buku..
Apabila mahu membeli buku, kita berdoa tak? Harusnya doa dahulu. Pinta pada Allah," Wahai Allah, Engkaulah Pemilik Ilmu, Engkau mengenali sangat baik penulis setiap buku, Engkau Maha Tahu setiap penulis buku, akidahnya, kemurnian tauhidnya dan amalannya. Oleh itu ya Allah, berikan dan tunjukkan saya bacaan yang membuat saya dekat dengan-Mu Ya Allah.. Agak-agak, Allah abaikankah tawakal kita ini?? Disia-siakan tak doa kita ini?? Pastinya tidak ! Tapi sangat sedikit manusia yang membeli buku meminta tolong pada Allah.....

Apabila kita memang mencari redha Allah, InsyAllah, pasti Allah tunjukkan. Terkesan saya kepada perkongsian Puan Lina Karim ibu kepada penghafaz al quran Darwish Darwisya.. Kata beliau, semasa beliau awal-awal mengandungkan anak pertamanya Darwisya, beliau banyak terdedah kepada bacaan dari Barat. 

Cuma, di suatu ketika, ketika sedang memilih bahan bacaan di rak buku untuk dibaca, beliau telah menarik sebuah buku dari rak, namun sebuah buku yang lain terjatuh di kaki beliau. Buku yang terjatuh diambil dan beliau membeleknya. Ia adalah buku tentang Imam As Syafie. Ketika itulah, terdetik di hati beliau "Tak apalah, kita tukar angin la hari ini."

Ketika membaca buku itulah, barulah Puan Lina ketahui bahawa Imam As Syafie telah berjaya selesai menghafaz al quran pada usia 7 tahun!

Kesan dari pembacaan itulah, telah membuka mata Puan Lina sehingga ke hari ini, yang nekad mendidik anak-anak beliau mengikut acuan Rasulullah solallahu a'alaihi wassalam. Kerana bagi beliau, Islam telah menyediakan segala ilmu. Maka, berbalik semula kepada umatnya, mengembalikan kegemilangan Islam dengan banyak membaca dan mencari ilmu pengetahuan.

Moga-moga pilihan dan keputusan yang kita buat setiap hari termasuk bahan bacaan yang kita pilih adalah pimpinan dan ilham dari Allah. Ilmu hanya jadi MAKLUMAT dan INFO, sekiranya tidak diamalkan dan disampaikan... 

Dan ilmu dan pembacaan kita setiap hari sepatutnya makin mendekatkan kita kepada Allah. Itulah tanda ia rezeki Allah yang memberi Ilmu Bermanfaat.


“Ya Allah, kami memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang halal, dan amal yang diterima.”

No comments: