Monday, June 4, 2012

TIPS: JUZUK AL QURAN & MATEMATIK


                 

Tips yang nak Saya kongsikan ni adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran.
 
Kalau tak dapat hafal pun, paling kurang, harap dapat memudahkan anda untuk Surat Cinta Allah swt yang satu ini.

Memang best!  sebab hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tahu muka surat setiap juzuk Al-Quran. Jom sama-sama kita belajar...

Contoh 1,  Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa: 5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8, Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82 Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarik kan?

Contoh 2,  Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa: 10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3,  Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa: 23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442

Jom sama-sama kita kongsikan sahabat-sahabat kita, untuk manfaat bersama...

No comments: