Tuesday, June 5, 2012

Hormat CikGuru




“Aku membelek kertas di hadapan Imam Malik perlahan-lahan kerana menghormatinya supaya dia tidak terdengar (bunyi selakan kertas tersebut)." kata Imam Asy-Syafi‘e 

"Demi Allah aku tidak berani meminum air sedangkan Imam Asy-Syafi‘e memandang kepadaku." kata Rabie”

-----------------------------------------------------------------
Masya Allah, indahnya akhlak ulama’ salaf dalam majlis ilmu. 
Hendak buka helaian buku pun berhati-hati agar bunyinya tidak mengganggu guru dan majlis ilmu seluruhnya...

Tidak minum sebab segan dipandang guru...

Padanlah keberkatan ilmu pada mereka melimpah ruah...

Pesanan untuk diri: Hormatilah semua bentuk majlis ilmu yang dihadiri. Jangan minum atau buat itu ini sesuka hati...

Mungkin salah satu sebab ilmu yang dipelajari & pengisian ceramah yang didengari sangat sukar diamalkan sebab kita tidak menghormati Majlis Ilmu itu sendiri, 

Contohnya, datang lambat dan menganggu proses penyampaian ilmu  sehingga menimbulkan rasa kurang selesa guru yang mengajar

Juga kita ini Sambil guru (Penceramah) bercakap, kita pun bercakap..Kritik baju, imej guru (mengumpat guru...)

Maka, selepas ini..sebaik sahaja ingin pergi menuntut ilmu, niatkan dalam hati supaya Allah swt ampun dosa-dosa kita yang sebelum, sedang dan sesudah hari itu... dan jangan lupa doakan kesejahteraan guru-guru yang memberi ilmu pada kita...

Ya Allah, Mohon Halal Ilmu-MU yang telah KAU berikan melalui semua guru-guruku dan permudahkan aku amalkan, sampaikan dan sebarkan..amin...
TERIMA KASIH BANYAK KEPADA DR ROZA ATAS INGATAN INI

No comments: