Tuesday, June 5, 2012

Hormat CikGuru




“Aku membelek kertas di hadapan Imam Malik perlahan-lahan kerana menghormatinya supaya dia tidak terdengar (bunyi selakan kertas tersebut)." kata Imam Asy-Syafi‘e 

"Demi Allah aku tidak berani meminum air sedangkan Imam Asy-Syafi‘e memandang kepadaku." kata Rabie”

-----------------------------------------------------------------
Masya Allah, indahnya akhlak ulama’ salaf dalam majlis ilmu. 
Hendak buka helaian buku pun berhati-hati agar bunyinya tidak mengganggu guru dan majlis ilmu seluruhnya...

Tidak minum sebab segan dipandang guru...

Padanlah keberkatan ilmu pada mereka melimpah ruah...

Pesanan untuk diri: Hormatilah semua bentuk majlis ilmu yang dihadiri. Jangan minum atau buat itu ini sesuka hati...

Mungkin salah satu sebab ilmu yang dipelajari & pengisian ceramah yang didengari sangat sukar diamalkan sebab kita tidak menghormati Majlis Ilmu itu sendiri, 

Contohnya, datang lambat dan menganggu proses penyampaian ilmu  sehingga menimbulkan rasa kurang selesa guru yang mengajar

Juga kita ini Sambil guru (Penceramah) bercakap, kita pun bercakap..Kritik baju, imej guru (mengumpat guru...)

Maka, selepas ini..sebaik sahaja ingin pergi menuntut ilmu, niatkan dalam hati supaya Allah swt ampun dosa-dosa kita yang sebelum, sedang dan sesudah hari itu... dan jangan lupa doakan kesejahteraan guru-guru yang memberi ilmu pada kita...

Ya Allah, Mohon Halal Ilmu-MU yang telah KAU berikan melalui semua guru-guruku dan permudahkan aku amalkan, sampaikan dan sebarkan..amin...
TERIMA KASIH BANYAK KEPADA DR ROZA ATAS INGATAN INI

Monday, June 4, 2012

TIPS: JUZUK AL QURAN & MATEMATIK


                 

Tips yang nak Saya kongsikan ni adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran.
 
Kalau tak dapat hafal pun, paling kurang, harap dapat memudahkan anda untuk Surat Cinta Allah swt yang satu ini.

Memang best!  sebab hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tahu muka surat setiap juzuk Al-Quran. Jom sama-sama kita belajar...

Contoh 1,  Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa: 5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8, Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82 Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarik kan?

Contoh 2,  Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa: 10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3,  Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa: 23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442

Jom sama-sama kita kongsikan sahabat-sahabat kita, untuk manfaat bersama...

Single ??

Orang yang tidak couple... (sebelum kahwin)
sebenarnya bukannya tidak laku...
 tetapi...
sebab cinta dia SPECIAL EDITION untuk yang HALAL TOYYIBAN SAHAJA

(^^)v
 
 

Sunday, June 3, 2012

Makanan Roh VS Makanan Fizikal

FIZIKAL MANUSIA andai tak makan apa-apa sehari mengigil satu badan.

ROH MANUSIA jika tak solat  satu hari, apa rasanya?
Roh akan 'merintih' kelaparan, kerana perlunya Tuhan iaitu ALLAH SWT. 


Namun, Roh yang 'kelaparan' itu tidaklah memberi hint seperti tubuh badan yang mengigil..


Tanda roh lapar adalah... hati rasa serba tak kena, mudah stres, tidak merasa bahagia walaupun dikelilingi oleh wang ringgit !


Perasan atau tidak, setiap hari (mungkin juga setiap saat) manusia sibuk mencari makanan sedap untuk tekak dan seleranya.


Jika boleh makan, sampai sedawa dan tersandar kekenyangan. Begitu penting "apa aku nak makan hari ni?", "kedai mana nak tuju lunch nanti"


Namun... jarang-jarang kita tanya "kusyukkah solat aku tadi?", "dah ke aku berterima kasih pada Allah kejap tadi?"..


dan kadang-kadang juga manusia itu lebih terlupa menyedapkan selera roh dan dan hatinya iaitu dengan zikrullah setiap saat, solat-solat sunat, dan amalan bersedekah 


Jom Upgrade IMAN dan UPDATE ILMU AGAMA kita !