Kami Mohon Kepada-Mu Kasih-Mu Dan Kasih Orang-Orang Yang Kasihkan-Mu, Kami Pohon Amalan Yang Membawa Kami Kepada Kasih-Mu Dan Jadikanlah Kasih-Mu Lebih Kami Cintai Dari Segala-Galanya Di Dunia Ini....
Thursday, May 16, 2013
Wednesday, May 15, 2013
Tuesday, May 14, 2013
Taska-Taski Untuk Kanak-Kanak Berumur Kurang 7 tahun, Perlukah??
~Perkongsian menarik Puan Lina, Ibu kepada dua kanak-kanak Penghafaz Al Quran~
Rata
rata saya dapati di Malaysia ini ramai yang mula mendedahkan kanak
kanak untuk mula belajar samada membaca, mengira atau mengaji umur 4-5
tahun. Sebab itu kita lihat ramai ibu bapa menghantar kanak-kanak
bersekolah tadika/pre school umur usia tersebut.

Sebenarnya
otak kanak-kanak sudah sangat bersedia untuk menerima apa-apa pelajaran
sejak lahir. Otaknya pada waktu ini ibarat sponge yang amat
mudah menyerap air jika diletakkan di air. Mengikut kajian sains, pada
umur 2 tahun, kapasiti otak kanak-kanak adalah menyamai 80% otak dewasa.
Kanak-kanak semuanya sama. Yang membuat mereka berbeza adalah didikan
yang kita dedahkan pada mereka pada waktu usia kritikal ini.
Setelah saya mencuba dan nampak hasilnya pada anak saya, saya ingin
kongsikan pada semua kaedahnya ini. Apapun saya boleh buat kesimpulan
memang benar kata orang bahawa pendidikan bermula dari rumah. Kaedah
saya bermula dari bayi baru lahir hingga 3 tahun. Saya tidak berjumpa
lagi sekolah khas yang mengajar bayi baru lahir hingga 3 tahun ke atas
di Malaysia ini. Kalau pusat jagaan kanak-kanak memang ada merata untuk
umur ini. Maka, si ibu atau bapalah yang perlu menjadi gurunya dan
rumahlah menjadi sekolahnya.
Anda boleh menggunakan kaedah ini
samada untuk mengajar anak anda ABC dan seterusnya membaca atau
Alifbata dan seterusnya mengaji semuanya terpulang pada pilihan anda.
Bagi saya ABC boleh belajar di tadika dan di sekolah nanti. Hingga umur
anak saya hampir 3 tahun ini, saya tidak pernah mengajarnya A-Z dan
kiraan 1-10, bentuk dan warna dalam bahasa Inggeris secara khusus.
Tetapi anak saya sudah boleh mengenal dan menghafalnya sendiri dengan
bantuan mungkin dari CD kartunnya atau Barney n Friendsnya. Apapun saya
yakin ini kerana otaknya telah dilatih untuk memberi respons yang cepat
untuk belajar waktu saya mengajarnya mengaji setiap hari.
Mungkin ada kaedah lain yang di luar pengetahuan saya tetapi ini sahaja
kaedah yang saya tahu dan guna pakai sehingga anak saya boleh membaca al
Quran sebelum umur 3 tahun. Saya ingin kongsikan kaedahnya kerana saya
telah melihat akan hasilnya.
Saya dapati ramai yang tidak
terdedah tentang mendidik anak dari bayi. Atau mungkin pernah mendengar
tetapi tidak tahu kaedahnya. Semoga perkongsian saya ini memberi manfaat
kepada masyarakat Islam bagi melahirkan lebih ramai generasi bijak
pandai yang berpegangkan pada al Quran dan as Sunnah.
Bagi
saya setiap bayi telah dilahirkan dengan anugerah yang tersembunyi dan
ibu bapalah yang membantu mengeluarkan anugerah ini MUNCUL untuk mereka
gunakan seumur hidup
Dipetik dari Islamic Parenting Network
Sunday, May 12, 2013
Uwais al Qarni, si Penghuni Syurga-NYA
Uwais al-Qarni adalah di kalangan tabi’in (hidup selepas kewafatan Rasulullah SAW, dan bertemu dengan para sahabat).
Sejak dilahirkan beliau berpenyakit sopak dan
ayahnya telah meninggal dunia. Ibunyalah yang menjaganya sejak kecil
sehingga beliau dewasa.
Uwais al Qarni adalah seorang tabiin yang namanya disebut di dalam
wasiat Baginda SAW yang disampaikan kepada Saidina Umar al-Khattab dan
Saidina Ali KaramAllahu wajhah. Baginda SAW berpesan:
“Di zaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doa dia sangat
makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman
dan dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia.
Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”
Lalu Saidina Umar dan Saidina Ali bertanya: “Apakah yang patut saya
minta daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah? Nabi SAW menjawab: “Kamu
minta kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah (SWT) agar Allah (SWT)
ampunkan dosa-dosa kalian”.
Setelah Baginda SAW wafat, Saidina Umar dan Ali menunggu-nunggu
kafilah yang datang dari arah Yaman. Sehingga akhirnya mereka bertemu
dengan Uwais al-Qarni.
Jika dilihat dari pandangan orang biasa, Uwais al-Qarni tiada
ciri-ciri istimewa kerana dari pandangan luaran beliau seperti orang
yang tidak sempurna akal, tetapi beliau ada sesuatu yang kita tidak
ketahui..
KISAH UWAIS AL-QARNI
Beliau mempunyai seorang ibu yang sudah uzur dan lumpuh. Ibunya
mempunyai hajat untuk menunaikan haji di Mekah. Namun dengan kudrat yang
sebegitu, ibu Uwais tidak mampu untuk ke Mekah berjalan seorang diri.
Lalu dia mengutarakan hasratnya kepada Uwais supaya mengikhtiarkan
sesuatu agar dia boleh dibawa ke Mekah menunaikan haji.
Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari
perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk
pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta
yang dipasang diatasnya “Haudat”. Haudat ini seperti rumah kecil yang
diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan,
selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan
yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu.
Ibunya semakin tua, lalu ibunya berkata: “Anakku mungkin ibu dah tak
lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat
mengerjakan haji”.
Uwais mendapat satu ilham… Dia membeli seekor anak lembu yang baru
lahir dan dah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di
atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi (Dia buat rumah untuk
lembu itu di atas bukit).
Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu itu
untuk naik ke atas “Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu lagi turun
dari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari.
Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri
lembu itu makan.
Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang ramai mengatakan
dia gila. Memang pelik, buatkan rumah untuk lembu di atas bukit,
kemudian setiap hari usung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun
bukit.
Tetapi sebenarnya niatnya baik. Kalau lembu kita buat begitu pagi
sekali petang sekali daripada lembu yang beratnya 20 kilogram, selepas
enam bulan lembu itu sudah menjadi 100 kilogram. Otot-otot tangan dan
badan Uwais menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat
100 kilogram turun dan naik bukit.
Selepas lapan bulan dia buat demikian telah sampai musim haji,
rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa
ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke
Mekkah dengan kedua tangannya.
Dibelakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air,
roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100 kilogram boleh didukung dan
dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50 kilogram.
Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya
dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan
senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya
pulang semula ke Yaman dari Mekah.
Pulang sahaja ke Yaman, ibunya bertanya: “Uwais, apa yang kamu berdoa sepanjang kamu berada di Mekah?”.
Uwais menjawab: “Saya berdoa minta supaya Allah (SWT) mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.
Ibunya bertanya lagi: “Bagaimana pula dengan dosa kamu”.
Uwais menjawab: “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga”.
Ibunya berkata lagi: “Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah (SWT) hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini”.
Uwais kata” “Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah (SWT) yang
jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah (SWT), seperti saya
tidak bersyukur dengan Allah (SWT) Ta’ala”.
Ibunya menambah: “Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, Ibu perintahkan engkau berdoa”.
Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan
berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibu dia minta supaya Allah (SWT)
sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu.
Tetapi
kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa:
“Tolonglah Ya Allah (SWT) kerana ibu aku suruh aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit”.
Maka, Allah (SWT) memakbulkan doanya dan menghilangkan penyakit sopak
di seluruh badannya kecuali meninggalkan setompok di bahagian lehernya.
Dan tanda itulah yang disebutkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina
Umar al-Khattab dan Saidina Ali untuk mengenali Uwais al-Qarni.
Setelah ibunya meninggal, Uwais menjadi seorang yang soleh dan
darjatnya ditinggikan sehingga dia menjadi seorang yang doanya paling
makbul.
Apabila bertemu dengan Uwais al-Qarni, mereka berdua pun meminta
Uwais mendoakan supaya dosa mereka berdua diampunkan, maka Uwais pun
mendoakan mereka berdua.
ISTIMEWANYA UWAIS DI MATA ALLAH
Uwais hanyalah seorang pengembala kambing biasa. Sekali pandang,
tiada apa yang istimewa tentang pemuda ini.
Namun, dia mencatat sejarah hebat di kalangan manusia. Malah, baktinya yang tersembunyi mengangkat dirinya ke martabat yang amat tinggi. Sehingga Rasulullah SAW sendiri mengiktiraf bahawa memang benar Uwais Al-Qarni adalah penghuni langit, bukan manusia di bumi !
Ketika zaman Nabi Muhammad SAW, Uwais Al-Qarni tinggal di negeri Yaman. Hidupnya sangat fakir dan dalam keadaan yatim. Dia cuma tinggal bersama seorang ibu yang sudah tua dan lumpuh.
Malahan, ibu tua itu telah buta dan hanya bergantung harap pada Uwais untuk menguruskan kehidupannya. Di situlah mereka dua beranak meneruskan kehidupan tanpa ada sanak saudara. Walaupun miskin, Uwais kaya dengan budi bahasa dan amanah.
Justeru, dia menjadi kepercayaan orang untuk menjaga ternakan mereka pada waktu siang. Upah yang diterima hanya cukup untuk menampung makan pakai mereka sehari-hari. Jika ada terlebih, Uwais akan membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan seperti dirinya.
Selain itu, Uwais terkenal sebagai seorang anak yang taat kepada ibunya dan juga taat beribadah. Dia seringkali berpuasa dan malam hari masanya terisi dengan ibadah solat-solat sunat dan tahajud kepada Allah.
Tatkala ibunya memerlukan bantuan, Uwais tidak pernah mengeluh dan akan menguruskan ibunya terlebih dahulu sebelum membuat perkara lain.
Sebenarnya, Uwais ada menyimpan satu keinginan. Dia ingin sekali berjumpa sendiri dengan Rasulullah SAW. Malah, hatinya merasa sedih setiap kali mendengar cerita jirannya yang dapat bertemu dengan Rasulullah SAW.
Apakan daya, dia tidak boleh meninggalkan ibunya yang uzur dan Uwais redha dengan keadaan itu. Kecintaannya kepada Rasulullah juga bukan calang-calang.
Tetapi seketika kemudian, Uwais kembali sedar bukankah tanggungjawab utamanya adalah berbakti kepada ibunya yang sudah uzur. Mana mungkin dia tegar meninggalkan wanita itu keseorangan. Lagipun, ibu itu amat dikasihi dan dijaga bagai menatang minyak yang penuh saban hari.
Sekian waktu berlalu, kerinduan kepada Nabi SAW yang selama ini dipendamnya tak dapat ditahannya lagi. Pada suatu hari ia datang mendekati ibunya, memberitahu keinginannya dan memohon izin serta restu agar dapat pergi menemui Rasulullah SAW di Madinah.
Ibunya merasa terharu mendengar permintaan Uwais dan berkata, “Pergilah wahai Uwais, Temuilah Nabi di rumahnya. Kelak, selesai berjumpa dengan Baginda, segeralah engkau pulang ke pangkuanku.”
Izin itu diterima Uwais dengan gembira. Segera dia berkemas untuk berangkat. Dia menyiapkan segala keperluan ibunya dan berpesan kepada jiran agar menemani ibunya selama dia pergi. Sesudah bersalaman dan mencium ibunya, Uwais pun berangkat ke Madinah.
Setelah melalui perjalanan yang jauh, akhirnya Uwais sampai di kota Madinah. Dia terus menuju ke rumah Rasulullah SAW dan mengetuknya. Salamnya dijawab seorang wanita. Itulah Siti Aisyah r.a. Dikhabarkan Rasulullah tidak ada di rumah kerana sedang berada di medan pertempuran. Kecewalah Uwais. Dari jauh dia datang namun Nabi tidak dapat ditemuinya.
Kerana teringatkan ibunya yang sudah tua, hati Uwais serba salah. Perlukah dia menunggu Rasulullah? Di telinganya terngiang-ngiang kata-kata ibunya yang menyuruh dia lekas pulang. Apa khabar ibunya kini? Akhirnya kerana ketaatan kepada ibunya, Uwais berangkat pulang dengan segera.
Kepada Aisyah, dititipkan pesanan dan salam untuk Rasulullah. Tidak lama kemudian, Rasululullah SAW pulang dari medan peperangan. Kedatangan Uwais disampaikan oleh Aisyah.
“Itulah Uwais Al-Qarni, anak yang taat pada ibunya. Dialah penghuni langit,” ujar Baginda SAW.
Siti Aisyah dan sahabat terpegun.
Nabi berkata lagi: “Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia, perhatikanlah dia mempunyai tanda putih di tengah telapak tangannya.”
Sesudah itu Nabi SAW memandang kepada Ali ra dan Umar ra seraya berkata: “Suatu ketika apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit, bukan orang bumi.”
Waktu terus berganti, dan Nabi SAW kemudian wafat. Kekhalifahan Abu Bakar pun telah digantikan pula oleh Umar bin Khatab. Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi SAW mengenai Uwais Al-Qarni, penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kembali sabda Nabi SAW itu kepada sahabat Ali bin Abi Thalib ra.
Sejak saat itu setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, Khalifah Umar ra dan Ali ra selalu menanyakan mengenai Uwais Al Qarni, si fakir yang tak punya apa-apa itu, yang kerjanya hanya menggembalakan kambing dan unta setiap hari.
Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka. Suatu ketika, Uwais Al-Qarni turut bersama mereka. Rombongan kafilah itu pun tiba di kota Madinah. Melihat ada rombongan kafilah yang baru datang dari Yaman, segera Khalifah Umar ra dan Ali ra mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais Al-Qarni turut bersama mereka.
Rombongan kafilah itu mengatakan bahawa Uwais Al-Qarni ada bersama mereka, dia sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawaban itu, khalifah Umar ra dan Ali ra segera pergi menjumpai Uwais Al-Qarni. Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar ra dan Ali ra memberi salam. Tetapi ketika itu Uwais sedang solat.
Usai solat, Uwais menjawab salam Khalifah Umar ra dan Ali ra sambil mendekati kedua sahabat Nabi SAW ini dan menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Sewaktu berjabat, Khalifah Umar ra dengan segera membalikkan tangan Uwais, untuk membuktikan kebenaran tanda putih yang berada di telapak tangan Uwais, seperti yang pernah dikatakan oleh Nabi SAW.
Memang benar! Kelihatan tanda putih di telapak tangan Uwais Al-Qarni. Wajah Uwais Al-Qarni tampak bercahaya. Benarlah seperti sabda Nabi SAW bahawa dia itu adalah penghuni langit. Khalifah Umar ra dan Ali ra menanyakan namanya, dan dijawab, “Abdullah.” Mendengar jawaban Uwais, mereka tertawa dan mengatakan, “Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya? Uwais kemudian berkata: “Nama saya Wajah Uwais Al-Qarni”.
Dalam perbualan mereka, dinyatakan ibu Uwais Al-Qarni telah meninggal dunia. Itulah sebabnya, ia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan Ali ra memohon agar Uwais membacakan doa dan istighfar untuk mereka. Uwais enggan dan dia berkata kepada Khalifah, “Sayalah yang harus meminta doa pada kalian.”
Mendengar perkataan Uwais, khalifah berkata, “Kami datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar dari anda.” Kerana desakan kedua sahabat ini, Uwais Al-Qarni akhirnya mengangkat tangan, berdoa dan membacakan istighfar. Setelah itu Khalifah Umar ra berjanji untuk menyumbangkan wang negara dari Baitul Mal kepada Uwais untuk jaminan hidupnya.
Segera sahaja Uwais marah dengan berkata, “Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi.”
SAAT UWAIS BERTEMU PENCIPTA-NYA
Beberapa tahun kemudian, Uwais Al-Qarni pun meninggal dunia. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan, tiba-tiba sudah banyak orang yang berebut-rebut untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafani, di sana pun sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafannya.
Demikian pula ketika orang pergi hendak menggali kuburannya, di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, orang berebut-rebut mengangkat jenazah dan mengiringinya.
Meninggalnya Uwais Al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi peristiwa yang menghairankan. Ramai orang yang tidak dikenali datang untuk menguruskan jenazahnya sehingga ke liang lahad sedangkan selama ini Uwais hanyalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang.
Bermula saat dia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang. Mereka saling bertanya-tanya, “Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais Al-Qarni?
Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir, yang tak memiliki apa-apa, yang kerjanya sehari-hari hanyalah sebagai penggembala kambing dan unta? Tapi, ketika hari wafatmu, engkau menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenal.
Mereka datang dalam jumlah yang begitu ramai. Mungkin mereka adalah para malaikat yang diturunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamanmu.”
Berita meninggalnya Uwais Al-Qarni dan peristiwa-peristiwa ajaib yang berlaku ketika hari beliau wafat telah tersebar ke serata tanah Yaman. Baru hari itu mereka sedar siapa sebenarnya Uwais Al-Qarni.
Di hari wafatnya, mereka mengakui bahawa memang benar sebagaimana yang telah disabdakan oleh Nabi SAW, sesungguhnya Uwais Al-Qarni adalah Penghuni Syurga Allah..

Wednesday, May 8, 2013
Akhlak Kita Dengan Al Quran
Alkisah…
Ketika menghadiri kuliah maghrib, Kak Aini sibuk bermain telefon bimbitnya.
Ustaz Mustafa yang sedang memberikan kuliah sempat memperhatikan gelagat Kak Aini.
“Yang sedang bermain handphone, boleh saya tanya, di mana Quran kamu?” tanya Ustaz Mustafa.
Kak Aini cepat-cepat menyimpan handphonenya dan gelabar mencari buku Qurannya.
Tak jumpa.
Kak Aini melihat ke kiri dan ke kanan tak jumpa.
“Tadi saya ingat saya bawa. Ke saya terlupa tertinggal dalam kereta?” bisik Kak Aini.
Malu, Kak Aini cepat-cepat bangun dan ingin pergi ke keretanya untuk mencari Quran.
Bangun sahaja, buku Quran Kak Aini terjatuh ke lantai.
Rupanya buku itu ada di poket. Kak Aini gelabah tadi ketika Ustaz Mustafa bertanya sehingga terlupa dia masukkan buku Quran kecilnya ke dalam poket semasa mengeluarkan HP tadi.
Ustaz Mustafa tersenyum.
“Zaman sekarang – inilah soalan yang paling mudah dijawab. ‘Di manakah handphone antum?’ – Kita tahu di mana handphone kita kerana ia digunakan untuk menghubungkan kita dengan dunia dan orang-orang, sahabat-sahabat dan keluarga kita.
Sekarang soalan paling susah ialah – ‘Di manakah Quran kamu?’ Setiap orang miliki satu Quran.
Quran menghubungkan kita dengan Allah, mengingatkan kita tentang akhirat, dan mereka-mereka yang soleh di akhirat yang kita sepatutnya selalu mengingati. Tapi ramai yang tidak mengingati di mana Quran mereka.
Berilah perhatian lebih kepada Quran sekalian daripada handphone sekalian, ya."
kata Ustaz Mustafa sambil meneruskan ucapannya.
Cerita pendek untuk renungan kita bersama
Dah berapa lama tak baca Quran?
Senyum
Senyum
-------------------------------------------
Bila sebut tentang akhlak kita dengan al quran, saya suka sebut dan insyAllah sentiasa sebut...
Tentang ustazah yang mengajar saya mengaji ketika ini- Ustazah Mardhiah
(Kalau ustazah sedang baca ini, saya harap Ustazah halalkan ilmu ustazah dan saya bercadang untuk kongsi yang pengajaran yang baik saya dapat daripada ustazah ya)
Sebelum ini, saya pandang ringan adab dengan al Quran.
Kadang-kadang bila membacanya, tidak tutup aurat dengan sempurna. Wuduk pun ada masa tak diperbaharui bila nak mengaji.
Kemudian, bila mula belajar mengaji semula, Ustazah yang mengajar banyak tunjukkan adab mengaji.
Ustazah tidak sebut secara nyata.. tapi Alhamdulillah, Allah beri peluang untuk 'nampak' nilai ilmu apabila bertalaqqi terus dari guru.
Sebab nampak contoh guru 'sebenar'- tak sama menuntut ilmu melalui internet, televisyen...
Saya lihat, setiap kali ustazah nak mengajar, ustazah akan pakai lengkap berjubah. Elok menutup aurat.
(kalau guru mampu ikut peratuaran dan berakhlak, saya seharusnya ikut apa yang ditunjukkan oleh guru)
Duduk dengan tenang
Walaupun anak-anak ustazah sangatlah riang-ria berkejar-kejaran dalam rumah, tapi ustazah akan pastikan anak-anak tidak duduk di sofa berdekatan kami (sebab saya mengunakan rehal & duduk di lantai).
Ustazah akan tegur "Al quran di bawah, jangan duduk atas sofa, sebab kedudukan badan lebih tinggi dari kaki"
Kesannya, di rumah, saya sentiasa cuba letakkan al quran di tempat tinggi. Selesai mengaji, terus susun di rak. Tidak tangguh-tangguh letak di meja belajar.
Sebab, kerap teringat pada Ustazah bila nampak Al quran.
Terima kasih Ustazah sebab sudi terima saya jadi murid Ustazah
Tuesday, May 7, 2013
PERHIMPUNAN KELUARGA
Perkongsian ini saya ambil dari status Facebook seorang rakan.
Zaman Nabi dahulu ia dipanggil TAKRIR (ikrar dan azamkan apa nak buat seharian) & TAKLIM (maklum & lapor apa yang telah dibuat)
Cuma di sini saya gunakan istilah inggeris...ROLL CALL.
Orked (4 tahun), Seri (2 tahun) & Lela (9 bulan) bukanlah muda lagi untuk pembelajaran bermula.
Pendidikan bermula dari buaian dan bukan tunggu dah darjah 1.
Seri dah mula bercerita pada umur antara 1-2 tahun apabila dia diletakkan bersama kakaknya sekali dalam roll-call.
Lela masih belum pandai bercakap tetapi diwajibkan hadir roll-call saya. Untuk apa? Method ini yang diamalkan oleh keseluruhan organisasi Rumah Pengasih Warga Prihatin lalu saya lanjutkannya di unit keluarga saya sendiri.
Anak seperti Lela yang belum pandai bercakap sebenarnya sudah lengkap deria input mereka seperti pendengarannya juga penglihatannya.
Anak seperti Lela yang belum pandai bercakap sebenarnya sudah lengkap deria input mereka seperti pendengarannya juga penglihatannya.
Jangan ingat mereka tidak mampu berkata (output) bermakna mereka tidak mampu menerima input ilmu? Rugi sangat jika anda fikir begitu kerana dari buaian sehingga mereka pandai berbicara itu adalah INPUT SEHALA yang Allah dah jadikan dalam keadaan anak TIDAK BOLEH MENJAWAB.
Ketika itu, anda perlu masukkan tentang MATLAMAT HIDUP yang anda ulang-ulanginya walaupun mereka tidak boleh respon. Tiada ruang menjawab memberi kita RUANG UNTUK BENTUK JIWA & MINDA MEREKA DARI AWAL. Semasa mereka mula pandai berbicara, ketika itu pendirian dan aspirasi kita sudah terlalu kuat dalam hati mereka untuk mereka pertikaikan dengan mulut.
Masa saya terhad dengan keluarga, biasanya roll call berlaku semasa sarapan & makan malam. Kadangkala seperti gambar ini apabila keadaan memerlukan.
Anda pasti terkejut apabila anak anda mula pandai berkata-kata sahaja, mereka dah berbicara dalam bahasa kamu dan cara fikir yang kamu (ibu bapa) mahukan mereka berfikir.

Anda pasti terkejut apabila mereka mula membicarakan istilah-istilah tinggi yang anda tidak perasan bila anda ajarkannya tetapi anda gunakannya dalam perbualan bersama isteri dan didengari oleh mereka
KANDUNGAN ROLL CALL
- Laporan harian Aktiviti anak
- Laporan harian salahbuat anak (sendiri mengaku)
- Pesanan & aspirasi Ayah
- Pesanan hormati ibu (ulang-ulang)
- Pesanan taati bapa, Rasul & Allah.
Itu sahaja, biasanya row call ini saya jalankan secara santai dan anak akan bercerita. Biasanya ia berlangsung dalam 5 minit. Saya hanya bertanyakan dalam roll call kepada Orked tetapi kemudiannya itu menyebabkan Seri yang berumur 2 tahun juga mampu meniru dengan cepat sekali.

Sekarang Lela yang masih 9 bulan dan belum pandai bercakap juga sudah mula mengomel bila kakak-kakaknya membuat laporan. InsyaAllah tidak lama lagi, Lela mampu berkata-kata dan berpendirian seperti mana saya ulang-ulangi kepada kakak-kakak mereka.
WAKTU PENTING PENDIDIKAN ANAK ADALAH DARI BUAIAN
Post ini saya kongsikan kerana banyak pertanyaanbiasa yang orang bertanyakan kepada saya tentang kaedah pendidikan anak-anak saya khususnya dan Rumah Prihatin umumnya (yang masih kecil lagi).

Memang lah, masa kecil bolehlah nak jaga begitu, nanti bila besar tak tentu lagi. Pada saya pula, jika tidak dimula dari sekarang nanti besar dah jadi liat dan bila dah jadi rebung pasti susah nak dilentur dan bentuk. Jika boleh pun dengan API & PAKSAAN (tapi siksalah).
Mengapa mereka bertanya begitu? Pasti bagi mereka yang pernah jumpa Orked, Seri dan anak-anak Rumah Pengasih Warga Prihatin akan bertanya soalan yang sama kerana bual bicara mereka tak sama dengan kanak-kanak lain. Perbualan mereka lebih kepada perkara yang sudah diterapkan dalam row-call itu. Maka setiap hari ada pendirian-pendirian yang ditanam dan diulangi. Isteri saya pula merapikan dan melaksanakan pendidikan secara akademik kepada anak-anak itu untuk mengejar visi yang saya (bapa) tanamkan.
Mungkin ada yang pelik bila kanak-kanak ini bertanya kepada kakak-kakak sukarelawan dari universiti tempatan yang membuat program menceriakan anak-anak Warga Prihatin ini mendengar soalan dari anak sebesar Orked (4 tahun) yang berbunyi lebih kurang sebegini ;
Orked : Kak, apa RASIONAL gerakan ini? (bila disuruh menari)
Siswi : (Terkejut) Ohh..ini untuk kita suka-suka main bersama.
Orked : Ayah saya pesan, semua perbuatan dan permainan perlu ada FUNDAMENTAL yang kuat supaya mampu memberi PELAJARAN kepada anak-anak kecil seperti kami. Jika kurang kebaikannya, saya minta izin untuk tidak ikut aktiviti ini boleh tak kak?
Siswi : (Menoleh ke arah saya dengan senyum) Bijaknya budak ni.
(Kemudian baru siswa siswi itu mula menerangkan rasional aktiviti yang mereka mahu lakukan sebagai pelajaran kepada anak-anak kecil itu. Rasional yang melebihi sekadar suka-suka sahaja).
Satu lagi, jika yang sebesar Lela tu perlu juga ke masuk roll call ?
Jawapan saya, semestinya kerana disiplin roll call hanya saya terap pada Orked tetapi Seri tahu dengan CONTOH kakaknya, Lela juga nanti akan dapat melalui contoh kakak-kakaknya. Kerja saya kan jadi mudah?
Selain dari itu, row call membentuk disiplin anak yang DATANG BILA DIPANGGIL. Sedih melihat zaman ini apabila anak dipanggil sampai dikejar dan ditangkap juga masih tak mahu datang. Semasa kecil ok lah, bila dah besar nanti bila dipanggil terus lari rumah pula.
Banyak masalah BESAR anak-anak kita sekarang ini terjadi apabila kita mengabaikan banyak perkara-perkara kecil pada awal pembesaran mereka. Antaranya ialah SILATURRAHIM (yang saya buat dalam bentuk row call dan bukannya PS3, Game console, tablet, smartphone dll). Mendidik anak zaman ini memang mencabar. Maka Ibu bapa harus lebih bijak menyahut cabaran.

Bersedekahlah Untuk Dirimu Sendiri
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Kali ni saya nak kongsikan hadith yang dibincangkan oleh sahabat usrah saya, Miza.
Betul menarik !
Tentang Hadith-40 Imam Nawawi. Miza menyentuh Hadith ke-25 yang berbunyi-
Dari
Abu Dzar radhiallahuanhu: Sesungguhnya sejumlah orang dari shahabat
Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam berkata kepada Rasulullah
shallallahu`alaihi wa sallam:
“Wahai Rasululullah, orang-orang kaya
telah pergi dengan membawa pahala yang banyak, mereka solat sebagaimana
kami solat, mereka puasa sebagaimana kami puasa dan mereka bersedekah
dengan kelebihan harta mereka (sedang kami tidak dapat melakukannya).
(Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam) bersabda: Bukankah Allah telah
menjadikan bagi kalian jalan untuk bersedekah?
Sesungguhnya setiap
tashbih merupakan sedekah,
setiap takbir merupakan sedekah,
setiap
tahmid merupakan sedekah,
setiap tahlil merupakan sedekah,
amar ma’ruf
nahi munkar merupakan sedekah
dan setiap kemaluan kalian merupakan
sedekah.
Mereka bertanya: Ya Rasulullah masakan dikatakan berpahala
seseorang di antara kami yang menyalurkan syahwatnya?
Beliau bersabda:
Bagaimana pendapat kalian seandainya hal tersebut disalurkan di jalan
yang haram, bukankah baginya dosa? Demikianlah halnya jika hal tersebut
diletakkan pada jalan yang halal, maka baginya mendapatkan pahala.
[Hadis Riwayat Muslim]
Subhanallah...........
Indahnya Islam ini, buat apa sahaja dari sekecil-kecil mengucapkan Alhamdulillah itupun dikira sedekah dan berpahala !
Terang dan jelas Allah sebut juga dalam Al-Quran:-
Maksudnya : "Barangsiapa
mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat
(balasan) nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar
zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula.” (Surah Az-Zalzalah ayat 7-8)
Agaknya, kenapa ya penting sedekah ni? Sebelum-sebelum ini saya selalu anggap sedekah ni tak lain hanyalah sekadar 'memberi' seperti yang pernah saya nyatakan di entri ini.
Sebagaimana
dikisahkan dalam sebuah hadis. Rasulullah sallalahu a'laihi wassalam pada suatu ketika
menyembelih seekor kambing. Oleh isterinya Siti Aisyah, daging kambing
tersebut dibagi-bagikan kepada para sahabat dan tetangganya.
Ketika
Rasulullah bertanya tentang daging kambing tersebut, dijawab oleh
Aisyah, "Ini ya Rasulullah, tinggal sempilnya (kaki kambing) yang
tersisa, semua sudah habis dibagi-bagikan." Mendengar itu. Rasulullah
bersabda, "Oh, bukan begitu, wahai Aisyah. Sesungguhnya semuanya ada dan
tetap untuk kita, kecuali kakinya ini yang belum tentu akan menjadi
rezeki kita"
Ha... Sebabnya, yang telah disedekahkan pada orang lain itu, telahpun dicatat oleh malaikat sebagai PAHALA dalam BUKU AMALAN KITA ! Sedangkan harta yang sedia ada pada tangan kita sekarang belum tentu jadi pulangan pahala kepada kita. Selagi ia disimpan, selagi itu 'tiada nilai pahala' pada harta itu.
Malah, jam yang kita pakai sekarang pun, kalau ditakdirkan Tuhan kita mati esok, maka sudah pastinya jam itu akan dibahagikan mengikut faraid di kalangan waris yang masih hidup. Jadi, yang mana satu yang kita berani isytiharkan 'hak' kita ???
Harta dan wang kita yang sedia ada, ketika kita hidup ni, ia tidak lebih dari sekadar harta pandangan fizikal seperti wang yang disimpan di bank, kereta yang kita sedang guna, rumah yang sedang kita duduki dan sebagainya bukanlah milik kita pada pandangan ALLAH... ia adalah 'amanah' yang dipertangungjawabkan !
Kecualilah, harta benda kita itu, kita siap sedia nafkahkan, wakafkan dan sedekahkan... barulah ia benar-benar 'milik' kita. Milik kita yang kita akan bawa jumpa kepada Allah nanti di Hari Pembalasan
Bulatan Gembira
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah
Tiada yang selayak yang dipuji melain Allah jua. Sungguh indah perancangan Allah dalam usaha saya mencari keluarga usrah untuk terus memperbaiki diri yang selalu lupa ini.
Dihantar-Nya, insan-insan biasa yang berhati Luar Biasa !
Luar Biasa kerana kami bertemu di medan Usrah kerana Allah, berpisah juga kerana Allah...
Setiap kali Usrah, sentiasa ada misi yang perlu dilaksanakan. Alhamdulillah Naqibah saya Kak Leena sentiasa 'memantau' kami. Hantar SMS reminder tentang solat dhuha, surah Al-Kahfi di hari Jumaat dan tanya khabar iman dan banyak lagi. Semoga Allah melimpahi rahmat dan kasih sayang kepada kak Leena yang tulus hatinya ini...
Perjalanan saya bermula apabila menyertai satu program knowledge-sharing My Hijab My Love.
Program ni sebenarnya dibentuk dari usrah-usrah kecil di bawah IKRAM. Dan dari IKRAM juga saya mula mengenali dan sangat mengkagumi Dr Harlina Siraj.
Berbalik semula kepada keluarga usrah saya kini, alhamdulillah sehingga entri ini ditulis sudah 7 kali pertemuan di antara kami..
Pertemuan kali pertama lebih kepada sesi perkenalan. Kak Leena beri banyak pencerahan tentang solat tahajjud, ukhwah dan pengisian usrah akan datang. InsyAllah, di masa-masa akan datang saya akan kongsikan pengisian dalam Usrah.
Antara yang dibincangkan dalam usrah ialah tentang buku Apa Erti Saya Menganut Islam karangan Ustaz Fathi Yakan
Selain buku ini, kami akan berkongsi satu hadis setiap kali perjumpaan. Mengikut giliran.
Tersangatlah indah bila kita ini 'diperingatkan' Allah melalui kawan-kawan. Kadang-kadang, bukan kita tak tahu tentang sesuatu hadis itu, tapi hati seperti 'kering' je bila membacanya seorang diri. Namun, bila disampaikan oleh orang lain, dengan olahan dan sentuhan pengalaman masing-masing barulah hati ni ada rasa sesuatu.
Seronok benar usrah ini. Bila fikir-fikir semula, bagi sesiapa yang nak mula berhijrah mencari Islam, cubalah sedaya-upaya yang mungkin mencari kumpulan usrah. Sebabnya, kita ada kawan untuk buat perubahan.
Bila kita seorang, kita tidak kuat. Dan mungkin banyak persoalan yang nak kita tanyakan tapi tiada tempat untuk kita luahkan. Kadang-kadang juga cabaran dari sekeliling juga akan buat iman kita sedikit goyah, jadi bila ada kawan, kita ada sumber kekuatan.
Bagi kawan-kawan yang perlukan kumpulan usrah atau mencari-cari Kumpulan Usrah, nanti bolehlah bertanyakan kepada Sister Farwina melalui emelnya farwynafaroque@gmail.com.
Dengan menyertai usrah, moga-moga Allah beri keizinan untuk kita beroleh lebih banyak kebaikkan....
insyAllah
Subscribe to:
Posts (Atom)