Monday, March 25, 2013

Wah! Arif dah Besar..


Bismillah. Alhamdulillah saya dan anakanda baru balik dari klinik desa. Sebentar tadi saya melihat seorang ibu berusaha memujuk anaknya ( usia 3 tahun) untuk ditimbang berat badan sebagai satu pemeriksaan kesihatan bulanan anaknya. Saya kagum beliau tidak menggunakan cara paksaan.

Ibu : Mari Arif.... Kita timbang berat badan.

Anak : Tak Mahu.... Arif takut. Arif tak mahu. (sambil menangis)
Ibu : (Puas memujuk) - marilah Arif kita timbang berat badan ya. Seronok tahu.... kita main-main timbang berat badan. Boleh dapat tahu Arif sudah besar atau tidak. Pertama sekali, kita lihat berat ibu.

Arif tersenyum melihat ibunya berjalan naik dan berdiri ke atas penimbang berat badan. Kemudian Arif menyapu air matanya dan perlahan-lahan turun dari kerusi menyusuli ibunya.

Ibu : Wah.... Ibu sudah besar! Sekarang Arif mahu tahukah Arif sudah besar atau tidak?

Arif mengangguk laju dan segera naik serta berdiri di atas penimbang berat badan.

Ibu : (bertepuk tangan bersama jururawat tanpa mempedulikan sesiapa) alhamdulillah... Arif hebat. Berat Arif sudah naik. Seronoknya ibu... Arif sudah besar.

Arif : (gelak besar) Arif sudah besar, ibu!

Moralnya : Pakar-pakar berpandapat, "Menjadi model yang baik bagi anak merupakan sebuah tuntutan tersendiri bagi ibu bapa. Kerana ibu bapa harus memberikan rangkaian contoh yang baik, agar anak-anak dapat meniru hal terbaik yang dilakukan ibu bapanya.

Diambil dari https://www.facebook.com/ain.muhammad.3

Sunday, March 10, 2013

AMALAN MENABUNG


Saya kongsikan ceramah yang Saya dengar di Slot Usrati Ikim.Fm oleh Ustazah Norhafizah Musa

Sangat menarik ilmu yang dikongsikan oleh Ustazah tentang amalan menabung  di rumah. Selalunya, bila menabung, konsepnya adalah untuk KEGUNAAN DIRI SENDIRI di masa akan datang.

Namun, amalan menabung ini sebenarnya boleh diterapkan oleh ibu bapa kepada anak-anak untuk melahirkan genarasi yang prihatin...

Malah, yang paling utama.. amalan ini juga mendidik jiwa anak-anak bahawa dengan menabung adalah sebagai 'bekalan' mereka di Akhirat kelak.. Allah Allah... Sungguh! apa sahaja dalam amalan harian kita pun... adalah ISLAM.. Kembali kepada Allah.

Ibu ayah seharusnya bukan sahaja menggalakkan anak-anak menyimpan untuk perbelanjaan sekolah, masuk Universiti atau kegunaan kecemasan...malah lebih daripada itu iaitu tabungan yang bakal menentukan nasib mereka kelak di hadapan Allah..


JENIS TABUNG
Caranya..Ibu Ayah, buat dua tabung dalam rumah.
     ...Satu tabung untuk kegunaan anak-anak semasa dia hidup
     ...Satu tabung yang akan membantunya selepas dia mati kelak iaitu Tabung Sedekah


Jika anak-anak bertanya tujuan Tabung Sedekah, jelaskan bahawa ia adalah 'pulangan' kepada usaha mereka menabung selama ini untuk diberi kepada orang-orang yang susah. Hasil daripada tabungan itu akan diraih apabila bertemu dengan Allah kelak.

Maka, dengan penjelasan tentang Tabung Sedekah ini, anak-anak akan peka terhadap orang-orang susah.

....Sebabnya, dia akan berfikir kepada siapa dia mahu menyalurkan wang simpanan ini. Fokusnya, melihat untuk membantu orang-orang susah dengan simpanan sedia ada dan mendidik sifat prihatin serta memahami kesusahan orang lain.

Sebelum keluar bersiar-siar, Ibu Ayah boleh  berpesan "adik, sembahyang jumaat nanti, ketika di masjid adik boleh masukkan duit dalam tabung masjid, Allah pasti sayang Adik sebab baik hati membantu dan memanfaatkan duit adik untuk perkara-perkara baik, orang yang pemurah pasti masuk Syurga"


HIDUP UNTUK MENGISI KEHIDUPAN
Anak-anak yang dibesarkan bukan sahaja perlu mendapat keperluan hidup (makan, minum, tempat tinggal) malah perlu dididik dengan keperluan kehidupan (kasih sayang kepada insan lain).

Begitu ramai Ibu Bapa yang berjaya memberi keperluan hidupNamun...bekalan kehidupan sayang itu, hanya sikit-sikit bilangan Ibu Bapa yang berjaya memberikannya.. 

Mana mungkin kita memberi sesuatu yang kita tidak ada. Begitulah juga anak-anak. Mereka tidak akan mampu menzahirkan keprihatinan & kasih sayang mereka terhadap orang lain seandainya, ia tidak dipupuk dalam jiwa mereka oleh Ibu bapa dari peringkat awal..

Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertaqwa.”
(Surah Al-Furqan 25:74)