kata Ustaz..
"Hidup ini PINJAMAN daripada ALLAH SWT...perlu dipulangkan apabila masanya.
Analoginya, kalau kita pinjam kereta (kehidupan) daripada seseorang. Tuan Punya Kereta (Allah) beri kereta baru, cantik, minyak penuh dan mahal kepada kita. Jadi kita sebagai peminjam HARUS BERTANGGUJAWAB atas kereta yang telah diamanahkan kepada kita.."
ANALOGI: Pinjam kereta dari seseorang
Tujuan manusia dijadikan adalah untuk jadi Hamba dan khalifah-NYA di bumi ini
Tapi secara sedar dan tidak, kita selalu-selalu sangat melakukan kesilapan dalam kehidupan.
Seperti kereta yang dipinjam tadi.. kita telah buat sesuatu pada kereta itu, contohnya berlaku kemalangan ( Kesilapan & Dosa) pada kereta tadi.
Apakah kita nak pulangkan kereta yang dipinjam tadi dalam keadaan kemek dan tak ada minyak, kepada tuannya?? sudah pasti tidak... macam gambar di bawah
Pasti kita paling kurang pun untuk tebus kesilapan, kita akan perbaiki kemek pada kereta itu, hantar pada mekanik untuk buat apa yang patut dan isi semula minyak bagi penuh. Tak gitu? dengan harapan, tuan punya kereta tak marah sangat pada kita.
Begitulah juga keadaannya kalau Allah nak ambil semula kehidupan kita nanti bila maut menjemput..
Adakah 'kita' nak pulangkan dalam keadaan 'kemek, rosak dan buruk kepada Allah'??
sudah pasti tidak, bukan??
Maka, cara nak betulkan kerosakan dalam kehidupan yang telah diberi oleh Allah swt Adalah dengan cara, BERTAUBAT BERTAUBAT BERTAUBAT KEPADA ALLAH SWT..
Mudah-mudahan Allah swt ampunkan kita, maafkan kita dan terima taubat kita...Supaya kita dapat 'pulang' kepada Allah dengan keadaan 'yang sebaiknya' iaitu Husnul Khatimah.