Thursday, April 11, 2013


Nama : Datuk Dr Muhammad Uthman El-Muhammady 
Lahir di Kota Bharu Kelantan pada 9 Februari 1943


Sedikit tentang Allahyarham Yang Allah Sayangi ini
  • Pertama kali melihat Allahyarham, saya menganggap dia seorang yang Konservatif. Dengan pakaiannya yang berjubah dan berserban, ditambah pula dengan janggutnya yang keperangan. Namun  apabila beliau bercakapterkejut saya dan sangat kagum dengan hujahnya yang diselitkan dengan hukum hakam dan prinsip Islam. Ini menunjukkan ilmunya yang sangat mendalam. (Profesor Emeritus Ismawi Zen, Dekan Institut Antarabangsa Pemikiran & Tamadun Islam- ISTAC)
  • Beliau pernah berbasikal dari rumahnya di Kota Bharu ke Kuala Lumpur semata-mata untuk mencari buku yang diminatinya bagi membuat kajian sendiri. pada ketika itu Allahyarham masih di sekolah menengah dan tidak mempunyai kelengkapan mencukupi untuk mengembara
  • Allahyarham seorang yang tidak tidak suka menonton televisyen. kerana menurutnya, kita sepatutnya menerangi rumah dengan lampu untuk membaca kitab bukan cerah menonton televisyen.
  • Allahyarham seorang yang sangat banyak membaca. boleh dikatakan, ilmu yang diperoleh daripada bacaan dan kajiannya sendiri mampu menyaingi orang yang mempunyai Ijazah Kedoktoran (PhD)
  • Oleh kerana  Allahyarham lebih dikenali  dan sangat mesra dengan gelaran ustaz, maka ramai yang tidak mengetahui bahawa beliau telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Persekutuan pada 2012 iaitu Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk.
  • Allahyarham seorang yang sangat tenang dan mudah didekati. beliau mudah diterima sesiapa sahaja yang ingin mendekatinya.
  • Sehingga saat menghembuskan yang terakhir, Allahyarham ditemani dengan teman baiknya iaitu buku.

No comments: