Thursday, April 11, 2013

Sila Tunggu, Talian Anda Akan Disambung Sebentar Lagi.


 Pernahkah anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini?
 "Terima kasih, Anda telah menghubungi ALLAH"
 Tekan 1 untuk 'meminta'.
 Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.
 Tekan 3 untuk 'mengeluh'.
 Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'."

Cuba bayangkan.. ALLAH SWT mengenakan bayaran nikmat udara, organ dan  pancaindera setiap  per saat kita??

Atau....
 Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:
 "Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah sabar menunggu. Panggilan anda akan dijawab berdasarkan urutannya"

Atau...
 Pernahkah anda bayangkan bila pada saat berdoa, anda mendapat respons seperti ini:
 "Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat"
 Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,
 Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,
 Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,
 Tekan 4. Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga & neraka,sila tunggu sampai anda tiba di sini!!

Atau...
 Mungkin juga Anda mendengar ini :
 "Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini. Silakan cuba lagi esok"

Atau...
 "Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi."

Alhamdulillah... Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon-Nya setiap saat!!! Anda hanya perlu untuk memanggilNya bila-bila saja dan Dia mendengar anda. Kerana bila memanggil Allah,tidak akan pernah mendapat talian sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara peribadi.

Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 24434
 2 : solat Subuh
 4 : solat Zuhur
 4 : solat Asar
 3 : solat Maghrib
 4 : solat Isya

Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini : 28443483
 2 : solat Subuh
 8 : solat Dhuha
 4 : solat Zuhur
 4 : solat Asar
 3 : solat Maghrib
 4 : solat Isya
 8 : Solat Tahajjud atau lainnya
 3 : Solat Witir

Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul "Al Qur'anul Karim & Hadis Rasul"

Di saat cuma 'kebendaan' di dunia menjadi naik harganya..belum bererti nilai nya juga tinggi..sebagai contoh nasi lemak dahulu hanya berharga 0.60sen..tetapi sekarang dengan kuantiti nasi, sambal dan ikan bilis yang sama harga mencecah RM1 ke RM1.50 sebungkus... bukankah kita membayar lebih atas perkara yang sama jumlahnya seperti 5, 6 tahun dahulu.

 
ALLAH ADALAH TALIAN HAYAT

Tetapi tidak bagi RAHMAT dan KASIH SAYANG ALLAH SWT.  Walaupun kita masih melupakannya dan lalai pada perintahnya namun rahmat Allah swt tidak pernah putus dari kita.

Malah diberinya kita segala nikmat sama seperti sebelum kita melakukan dosa. Tiada pula 'caj tambahan' kerana menggunakan lebih apa yang sepatutnya. Bahkan bertambah kasih sayang Allah swt  jika kita bertaubat dengan sesungguhnya walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan!!

Talian terus , tanpa Operator, tanpa Perantara, tanpa bil.. Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!! Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Mana tahu mungkin mereka sedang memerlukannya...

No comments: